Monday, July 16, 2012

AYAM SERAMA BULU BALIK UNTUK DIJUAL


Assalammualaikum... kepada peminat ayam serama & ayam exotic, saya ingin menawarkan 
peluang untuk anda memiliki ayam serama bulu balik yang unik ini. Tapi stok pon ada seekor 
je nih, sapa cepat dia dapat laa..

sekarang kat reban ada gak beberapa jenis ayam serama lain 
1. Ayam serama putih (bulu biasa)
2. Ayam serama bulu balik coklat (versi terhad)
3. mini cochin emas

semua ini induk, umur setahun lebih.... 

kepada yang berminat sila hubungi 019-7847080, kluang johor.
harga boley runding.

Tuesday, July 3, 2012

PROMOSI MENYAMBUT RAMADHAN

2 EKOR DENGAN HARGA RM26.00 SAHAJA!!

sempena kehadiran RAMADHAN akan datang, saya ingin menawarkan ayam dengan harga RM26 sahaja bagi 2 ekor ayam. (normal price: RM 30.00)


TAWARAN INI BERMULA 3hb JULAI hingga 20hb JULAI sahaja. 


- Ayam siap diproses.
- Pakej ini secara double-pax (tidak boleh dibeli seekor sahaja)
- Tawaran ini tidak termasuk penghantaran.
- Ayam perlu ditempah dalam tempoh 24jam sebelum diambil. (ayam akan diproses dalam tempoh itu, kesegaran ayam dijamin)
- Bagi tempahan yang melebihi 100 pax, penghantaran disediakan.

- Pakej Istimewa disediakan untuk peniaga kedai makan/ restoran/ cafe. (rujuk terus kepada admin)













Maklumat lanjut hubungi En. Hanc -0197847080 -area Kluang, Batu Pahat & Yong Peng.

Wednesday, June 27, 2012

Produk Ayam Kampung "Ready-to-Cook"

Salam Sejahtera...

Saya nak memperkenalkan produk baru ayam kampung yang terjamin memberi kemudahan kepada peminat ayam kampung untuk menyediakan masakan ayam kampung. Mungkin untuk membeli seekor ayam kampung terlalu banyak untuk satu keluarga kecil, kemudian nak dapatkan idea untuk menyediakan masakan yang sesuai untuk ayam kampung pun kadang-kadang boleh buat suri rumah pening kepala. Oleh itu, produk ayam kampung "ready-to-cook" akan menjimatkan masa anda dan memudahkan anda untuk menikmati menu ayam kampung di rumah sendiri.

PRODUK AYAM KAMPUNG "READY-TO-COOK"


1. Ayam Kampung Rendang
2. Ayam Kampung Rendang Perap (Ungkep)
3. Ayam Kampung Beriani
4. Ayam Kampung Blackpepper (grill)


akan datang....


5. Ayam Kampung Berempah
6. Ayam Kampung TomYam
7. Ayam Kampung Satey (goreng)
8. Ayam Kampung Asam Pedas








Pakej Khas disediakan untuk mereka yang berminat untuk menjadi PENGEDAR di kawasan masing-masing, hanya seorang pengedar bagi satu kawasan dan seorang PENGEDAR NEGERI bagi setiap negeri... keterangan lanjut sila hubungi 0197847080 - Mr Hanc

Monday, March 5, 2012

versi peniaga: Tingkatkan Potensi Perniagaan Anda



Assalammualaikum...

Nampaknya perniagaan masakan ayam kampung semakin mendapat sambutan sekarang. Kebelakangan ini, kami selalu mendapat panggilan untuk tempahan ayam kampung. Apa yang saya perhatikan di beberapa kawasan di sekitar Kluang, Mersing & Batu Pahat, tidak ramai peniaga kedai makan yang menjual masakan ayam kampung, bukan soal harga yang mereka risaukan, tapi masalah untuk mendapatkan sumber yang berterusan. Dari segi harga, pelanggan tidak banyak karenah, namun kalu hari ini ada menu ayam kampung tapi esoknya tidak ada... ini la yang merunsingkan peniaga.

Memandangkan sumber untuk mendapatkan ayam kampung ini sukar, kami bersedia bekerjasama dengan peniaga-peniaga warung/ kedai makan untuk memastikan stok ayam tidak putus dan kualiti ayam tersebut sentiasa dikekalkan.

Antara menu dari pelanggan kami yang mendapat sambutan ialah;

Nasi Ayam Penyet -------RM 6.50 (1/4 ekor)
Sup Ayam Kampung ----RM 8.00 (1/4 ekor)
Nasi Ayam Kampung ----RM 5.00
Nasi Bariani Ayam Kampung ----RM 7.50
Nasi Lemak Ayam Kampung -----RM 4.00

Mungkin anda juga boleh cuba untuk menambah margin keuntungan perniagaan anda, yang pastinya menu ayam kampung sentiasa dinantikan oleh pelanggan, cuma mereka tidak tahu di mana ada menu ini.


Wednesday, January 25, 2012

PROMOSI untuk WARONG/ KEDAI MAKAN/ RESTORAN

TAWARAN INI DIBUKA SEMULA SEHINGGA 19 OGOS 2012



Sempena tahun 2012 ni, kami ingin meng"offer" pengusaha kedai makan untuk dapatkan bekalan ayam kampung dengan harga yang terbaik. Promosi ini sah sehingga 15 Feb 2012* dan jangkamasa harga promosi tersebut dapat dinikmati sehingga Dis 2012.

Hubungi kami segera untuk harga yang terbaik dan tiada perubahan harga sepanjang tahun.


(* mengikut terma & syarat)

Nasi Ayam Penyet


Assalammualaikum...

Agak lama rasanya saya tak update blog ni, bukan sebab busy sangat tapi... terlupa password blog pulak... (hehe...).
Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan bisnes makan yang semakin popular sekarang, NASI AYAM PENYET. Makanan ini berasal dari Indonesia tapi dikenali dengan nama Nasi Lelapan. Uniknya tentang nasi ayam penyet nih, ayam yang digunakan dipanggang/grill dan dilengkapi dengan ulam-ulam serta sambal... ia merupakan set makanan yang lengkap dan berkhasiat. Malah ia juga sesuai dengan selera nusantara..

Walaubagaimanapun, pada masa kini menu ini telah diubah suai, asalnya ia menggunakan ayam kampung (bukan ayam daging). Ini lah yang membezakan nasi ayam penyet dengan masakan lain. Namun, mungkin disebabkan sukar untuk mendapatkan sumber ayam kampung berterusan, maka ramai pengusaha kedai makan/ restorans menggunakan ayam daging sahaja. Bagi mereka yang tidak pernah merasai masakan ini, mungkin mereka sendiri tidak tahu bahawa asalnya ia dari ayam kampung. Banyak beza antara ayam kampung dan ayam daging, rasa dagingnya yang kenyal dan manis menyebabkan aroma nasi ayam penyet lebih istimewa.

Oleh itu, bagi mereka yang baru ingin menjamu selera baru ini, cari lah warung/kedai makan/ restorans yang menyediakan nasi ayam penyet original (dari ayam kampung).