Showing posts with label ayam kampung. Show all posts
Showing posts with label ayam kampung. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Tahap Matang Ayam Kampung

Benarkah tahap matang ayam kampung kacuk lagi awal dari ayam kampung ori?

Sepanjang pengetahuan & pengalaman saya dalam bidang ternakan ayam kampung ni, tahap matang bagi ayam kampung sama sahaja antara kacuk & ori, malah apa pun jenis ayam kampung tu, tahap matangnya masih sama. Barangkali disebabkan saiz ayam kacuk kelihatan lebih besar pada umurnya maka ramai beranggapan bahawa ayam kacuk lebih awal matang berbanding ayam kampung ori...

Saiz badan ayam kampung kacuk tidak boleh dibuat perbandingan dengan saiz badan ayam kampung ori pada usia tertentu... saya bagi contoh;

           pada usia 2 bulan berat ayam kampung kacuk ialah 700-900g dan ayam kampung ori ialah 200-300g. Iaitu sama dengan berat ayam kacuk pada usia 3 minggu. 

Dari segi umurnya ayam ini ada pada tahap yang sama tetapi saiznya yang berbeza... ada beberapa amalan yang tidak betul biasa dilakukan penternak; terutama yang baru menceburi bidang ini...

  1. Pada usia 2 bln, ayam ori masih dikurung tetapi ayam kacuk sudah dilepaskan/dibebaskan. Hakikat sebenar, ayam ini sebaya, kaedah penjagaan juga perlu sama.  
  2. Pemakanan ayam. Bagi penternak yang bebaskan ayam mereka, biasanya ayam kacuk telah diberi makan makanan sendiri atau saki baki makanan atau olahan sendiri apabila beratnya mencapai 1.0kg, sedangkan ayam itu masih berada pada  usia muda dan memerlukan lebih protien. 
Umur ideal ayam matang ialah 6 bulan, biasanya ayam pada usia ini sudah sedia untuk berkawin & bertelur. Pada pandangan saya pula, adalah lebih elok sekiranya ayam jantan tu berumur 8 bulan. Benihnya adalah lebih baik berbanding ayam muda. Samada ia ayam kampung kacuk atau ori tahap matangnya tetap sama. 

Tuesday, July 24, 2012

Disini ia bermula.... (2010)


Salam... bila menjelang puasa nih, order ayam kampung memang berganda... setakat ni je order dah ada 2500 ekor sehingga sambutan hari raya. Ikutkan ayam yang saya ada sekarang memang lah x cukup untuk support tempahan sebanyak itu, tapi nasib baik rakan-rakan ternak yang lain membantu untuk memenuhi permintaan pelanggan saya. Biasa lah musim perayaan kan... tambahan pulak bulan puasa nih la peluang tuk menambah pendapatan. 

Bila dikenang kembali permulaan saya terbabit dengan ternakan ayam kampung ni, 2 tahun lepas, ia berlaku secara tak sengaja. Asalnya saya pergi kedai burung tuk melihat haiwan yang comel-comel, tetiba bila terpandang anak ayam kampung, terdetik pula kat hati ni try bela, maka 10 ekor anak ayam kampung saya bawa beli. Sampai di rumah, bari sibuk nak buat reban, memandangkan ayam ni x banyak, maka saya cuma siapkan reban kecil je la... selepas sebulan tengok ayam tu membesar, hati da mula tertarik, rasa minat nk mendalami life ayam kampung ni. Maka saya beli lagi 15 ekor untuk bulan ke-2, dalam pemerhatian pembesaran ayam nih, saya juga ada search maklumat kat internet tentang cara penjagaan ayam kampung nih, jangkamasa nya agak lama berbanding ayam daging, cara pemakannan juga x sama. Saya teruskan lagi "experimen" minat saya sehingga lah tanpa disedari sekarang, saya dah pun memiliki resan yang boleh menampung 1200 ekor ayam dalam satu masa, malah saya juga dah pun mendirikan bangsal penyembelihan yang sistematik untuk proses penyembelihan dan pembungkusan ayam kampung. 





Tak sangka pula, bermula dengan suka-suka boleh jadi pendapatan tambahan bagi saya. 2 tahun telah saya lalui, dan nampaknya projek ternakan ayam kampung ni memang boleh memberi pendapatan yang lumayan untuk saya. Mentor saya juga bermula dengan pekerja kilang elektronik, sekarang dah berhenti kerja da memberi 100% komitmen dalam bidang ternakan ayamnya, tak mustahil selepas ini giliran saya pula, tunggu masa yang sesuai! 

Bagi mereka yang berminat untuk menternak ayam kampung, teruskan... jangan risaukan cabarannya, kalau anda memang minat, pasti ada jalan untuk berjaya. tapi jangan lupa untuk menimba ilmu juga, ajakan saya cari la mentor... dia sangat penting untuk anda. sangat penting!! 


Tuesday, July 3, 2012

PROMOSI MENYAMBUT RAMADHAN

2 EKOR DENGAN HARGA RM26.00 SAHAJA!!

sempena kehadiran RAMADHAN akan datang, saya ingin menawarkan ayam dengan harga RM26 sahaja bagi 2 ekor ayam. (normal price: RM 30.00)


TAWARAN INI BERMULA 3hb JULAI hingga 20hb JULAI sahaja. 


- Ayam siap diproses.
- Pakej ini secara double-pax (tidak boleh dibeli seekor sahaja)
- Tawaran ini tidak termasuk penghantaran.
- Ayam perlu ditempah dalam tempoh 24jam sebelum diambil. (ayam akan diproses dalam tempoh itu, kesegaran ayam dijamin)
- Bagi tempahan yang melebihi 100 pax, penghantaran disediakan.

- Pakej Istimewa disediakan untuk peniaga kedai makan/ restoran/ cafe. (rujuk terus kepada admin)













Maklumat lanjut hubungi En. Hanc -0197847080 -area Kluang, Batu Pahat & Yong Peng.

Monday, March 5, 2012

versi peniaga: Tingkatkan Potensi Perniagaan Anda



Assalammualaikum...

Nampaknya perniagaan masakan ayam kampung semakin mendapat sambutan sekarang. Kebelakangan ini, kami selalu mendapat panggilan untuk tempahan ayam kampung. Apa yang saya perhatikan di beberapa kawasan di sekitar Kluang, Mersing & Batu Pahat, tidak ramai peniaga kedai makan yang menjual masakan ayam kampung, bukan soal harga yang mereka risaukan, tapi masalah untuk mendapatkan sumber yang berterusan. Dari segi harga, pelanggan tidak banyak karenah, namun kalu hari ini ada menu ayam kampung tapi esoknya tidak ada... ini la yang merunsingkan peniaga.

Memandangkan sumber untuk mendapatkan ayam kampung ini sukar, kami bersedia bekerjasama dengan peniaga-peniaga warung/ kedai makan untuk memastikan stok ayam tidak putus dan kualiti ayam tersebut sentiasa dikekalkan.

Antara menu dari pelanggan kami yang mendapat sambutan ialah;

Nasi Ayam Penyet -------RM 6.50 (1/4 ekor)
Sup Ayam Kampung ----RM 8.00 (1/4 ekor)
Nasi Ayam Kampung ----RM 5.00
Nasi Bariani Ayam Kampung ----RM 7.50
Nasi Lemak Ayam Kampung -----RM 4.00

Mungkin anda juga boleh cuba untuk menambah margin keuntungan perniagaan anda, yang pastinya menu ayam kampung sentiasa dinantikan oleh pelanggan, cuma mereka tidak tahu di mana ada menu ini.


Wednesday, January 25, 2012

PROMOSI untuk WARONG/ KEDAI MAKAN/ RESTORAN

TAWARAN INI DIBUKA SEMULA SEHINGGA 19 OGOS 2012



Sempena tahun 2012 ni, kami ingin meng"offer" pengusaha kedai makan untuk dapatkan bekalan ayam kampung dengan harga yang terbaik. Promosi ini sah sehingga 15 Feb 2012* dan jangkamasa harga promosi tersebut dapat dinikmati sehingga Dis 2012.

Hubungi kami segera untuk harga yang terbaik dan tiada perubahan harga sepanjang tahun.


(* mengikut terma & syarat)

Nasi Ayam Penyet


Assalammualaikum...

Agak lama rasanya saya tak update blog ni, bukan sebab busy sangat tapi... terlupa password blog pulak... (hehe...).
Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan bisnes makan yang semakin popular sekarang, NASI AYAM PENYET. Makanan ini berasal dari Indonesia tapi dikenali dengan nama Nasi Lelapan. Uniknya tentang nasi ayam penyet nih, ayam yang digunakan dipanggang/grill dan dilengkapi dengan ulam-ulam serta sambal... ia merupakan set makanan yang lengkap dan berkhasiat. Malah ia juga sesuai dengan selera nusantara..

Walaubagaimanapun, pada masa kini menu ini telah diubah suai, asalnya ia menggunakan ayam kampung (bukan ayam daging). Ini lah yang membezakan nasi ayam penyet dengan masakan lain. Namun, mungkin disebabkan sukar untuk mendapatkan sumber ayam kampung berterusan, maka ramai pengusaha kedai makan/ restorans menggunakan ayam daging sahaja. Bagi mereka yang tidak pernah merasai masakan ini, mungkin mereka sendiri tidak tahu bahawa asalnya ia dari ayam kampung. Banyak beza antara ayam kampung dan ayam daging, rasa dagingnya yang kenyal dan manis menyebabkan aroma nasi ayam penyet lebih istimewa.

Oleh itu, bagi mereka yang baru ingin menjamu selera baru ini, cari lah warung/kedai makan/ restorans yang menyediakan nasi ayam penyet original (dari ayam kampung).

Sunday, February 20, 2011

PRODUK "ready-to-cook"


Hanc Brand dengan sukacitanya memperkenalkan produk "siap untuk dimasak" sulung dengan terdapat 5 produk awal iaitu
1 - Ayam Kampung Goreng Berempah (RM 6.50)
2- Ayam Kampung Blackpepper (RM 6.50)
3- Ayam Kampung Grill (RM 6.50
4- Puyuh Goreng Berempah (RM 6.00)
5- Puyuh Grill (RM 6.00)
Sesuai untuk surirumah yang berkerjaya dan mereka yang memiliki ahli keluarga kecil, pek khas ini disediakan untuk memudahkan tugasan di dapur.
Cuba lah dulu.... Simply Fresh & Halal

Monday, August 2, 2010

KASIH SI IBU


bebek & si ibu...


"mane ek mak aku nih..????"

Friday, July 23, 2010

DR. HANC: SIRI CEGAH & RAWAT UNGGAS


SIRI CEGAH & RAWAT bersama DR. Hanc ini adalah satu siri baru dalam blog saya bagi mendedahkan teknik dan cara pencegahan penyakit untuk unggas. Siri ini terbahagi kepada beberapa bahagian mencegah dan merawat penyakit unggas. Dengan adalah ruangan seperti ini diharap dapat memberi info dan panduan kepada teman-teman ternak serta pengkaji-pengkaji ternakan unggas.

Kejayaan penternak juga berkaitan dengan kesihatan ternakan mereka. Oleh itu, untuk menghasilkan ternakan yang sihat dan mempunyai berat ideal, rasa yang sedap dan pengeluaran telur yang produktif pencegahan penyakit hendaklah di ambil berat.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Pepatah itu selalu kita dengar. Bukan hanya dalam kehidupan pepatah itu dapat dijadikan panduan tetapi juga dalam perusahaan penternakan ayam kampung. Pencegahan penyakit pada pemeliharaan ternakan ayam lebih utama dibandingkan dengan rawatan. Perbelanjaan untuk pencegahan adalah lebih murah berbanding belanja rawatan dan ubat-ubatan. Ayam kampung yang telah diserang penyakit dan sembuh selapas dirawat tidak mampu mencapai prestasi pengeluaran yang disasarkan berbanding ayam yang tidak pernah diserang penyakit. Oleh itu, aspek pencegahan adalah penting. Penternak perlu mempunyai pengetahuan tentang penyakit dan program pencegahannya sebelum pemeliharaan dilaksanakan.

Penternak perlu mengetahui cirri-ciri ayam yang sihat dan boleh mengenal pasti keadaan ayam yang berada di luar cirri tersebut. Cirri-ciri ayam sihat adalah seperti berikut:

  • · Pengambilan makanan dan air minuman normal.
  • · Najis normal dan tidak cair.
  • · Aktif melakukan aktiviti.
  • · Bersuara normal.
  • · Pengeluaran telur normal.
  • · Suhu tubuh normal antara 40.5C – 41.7C.
  • · Denyutan jantung normal berkisar 200-400 kali per minit.
  • · Pernafasan normal berkisar 15-36 kali per minit.

Ayam kampung pasti menderita kesakitan jika tidak menunjukkan cirri-ciri seperti di atas. Hal ini mungkin disebabkan sesuatu gejala atau symptom penyakit. Beberapa gejala bersifat umum sering dijumpai pada beberapa penyakit seperti berikut:

  • · Monyok dan tidak aktif.
  • · Bulu terkulai dan kusam.
  • · Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung.
  • · Berak cair atau berak berdarah.
  • · Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
  • · Hilang selera makan.
  • · Pertumbuhan terganggu dan pengeluaran telur menurun.
  • · Kualiti kulit telur teruk.
  • · Suara tidak normal.

Penyakit ayam kampung ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu warisan, pemakanan, pengurusan, persekitaran dan jangkitan.

Beberapa symptom menunjukkan hal yang spesifik hanya kelihatan pada penyakit tertentu sahaja. Sebagai contoh, tremor (bergetar) berkaitan dengan penyakit avian emcephalomyelitis (epidemic tremors) dan paralisis berkaitan dengan botulisme.

Perubahan yang berkaitan dengan ukuran, warna, bentuk dan struktur organ disebut sebagai lesi. Seperti halnya symptom, lesi dapat bersifat umum mahupun spesifik. Sebagai contoh, enteristis berkaitan dengan beberapa penyakit, tetapi grey eye (mata kelabu) khusus ocular leukosis.

Tempat perusahaan ternakan ayam ini seharusnya bebas dari sebarang penyakit. Contohnya penyakit New Castle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza) dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.Coli 157, Campylobacter, Lysteria).

Jika penternak tidak mengetahui cara yang sebetulnya untuk menangani penyakit yang dihadapi oleh ternakan ayam kampung ini, maka penternak doleh mendapatkan bantuan nasihat daripada pegawai di Jabatan Veterinar yang berdekatan.