Antara
kebaikan ayam kampung yang dapat diperolehi adalah, ayam kampung ini
diternak melalui kaedah lepas atau
free-range dimana ayam kampung akan menjadi lebih tahan lasak dan membesar
secara semula jadi. Dengan itu, ayam-ayam kampung ini dapat menyerap segala
nutrisi yang perlu untuk pembesaran yang sihat dan kesannya dapat memberikan
ayam-ayam ini tumbesaran yang sihat, kurang berlemak dan bebas bahan kimia.
Melalui cara ini, kita boleh memperolehi daging ayam kampung yang rendah
kolesterol dan lemak, tetapi kaya dengan protein dan karbohidrat. Pembesaran
ayam kampung tidak dipengaruhi oleh hormon pembesaran, di mana fungsinya untuk
mempercepatkan pembesaran ayam untuk tujuan pengeluaran awal.
Selain itu, ayam-ayam kampung
ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan
makanan berunsur organik menghasilkan daging yang sedap dan berkhasiat tinggi.
Ciri-ciri daging yang enak dan berprotein tinggi tanpa kolestrol ini
menyebabkan harga ayam kampung di pasaran adalah tinggi berbanding dengan harga
ayam daging komersial. Dagind ayam kampung ini juga agak liat, pejal dan manis
berbanding dengan ayam daging komersial yang dijual di pasaran. Kandungan yang
dimiliki oleh ayam kampung ialah 246 tenaga (kkal), 37.9 protein (gr), dan 9
lemak (gr). Dari segi nutrisi, ayam daging komersial lebih tinggi lemaknya
berbanding ayam kampung. Ayam kampung juga kaya dengan kandungan mineral
seperti kalsium, karbon, zat besi, fosfer, kalium, dan zinc serta mempunyai
vitamin A dan B.
Tambahan lagi, ayam kampung ini tidak diberi sebarang
suntikan bahan kimia seperti ayam daging di pasaran. Perkara ini jelas
menggambarkan ayam kampung jauh lebih sihat berbanding ayam daging di pasaran,
kebiasaannya ayam daging akan mula diproses pada usia 3-4 bulan. Berbeza pula
dengan ayam kampung yang memakan masa lebih daripada itu untuk disembelih atau
diproses. Ayam kampung ini dipelihara oleh masyarakat sebagai sumber protein
haiwan yang baik dari segi daging atau telur ayam itu, bahkan najis atau
kotorannya juga dapat dimanfaatkan sebagai baja tanaman mahupun makanan ikan.
Oleh kerana itu, ayam kampung mestilah diiberi makanan yang secukupnya untuk
mendapatkan keadaan ayam serta telur yang berkhasiat.
Disediakan oleh;
Noorhidayah
2 comments:
Ayam kampung memang banyak khasiat semulajadi, dulu senang je nak ternak, tapi kawasan skang dah tak ada ... susah nak ternak ayam sendiri dah.
www.hasrulhassan.com
Call me 0126622545
Post a Comment