Tuesday, October 16, 2012

REBRAND

LOGO BARU PADA PRODUK FROZEN AYAM KAMPUNG HANC

Saturday, August 4, 2012

Ayam Kampung untuk Warga Johor.

Asslammualaikum...

Sempena hari raya nih... maka saya ingin mengumumkan lah harga ayam kampung terkini sempena hari raya akan datang...

1. Kalu datang sendiri ke farm -RM 10.90/kg
2. Kalu dihantar sampai ke rumah - RM 11.40/kg

Hanc Farm terletak di Felda Kahang Timur, Kluang.

Untuk perkhidmatan memproses & memotong ayam kami bagi PERCUMA je.
Bagitau awal tempahan supaya kami ley siap2 kan dan xyah la nak tunggu lama nnti.

Stok sehingga habis... jadi siapa cepat dia dapat!!

Tuesday, July 24, 2012

Disini ia bermula.... (2010)


Salam... bila menjelang puasa nih, order ayam kampung memang berganda... setakat ni je order dah ada 2500 ekor sehingga sambutan hari raya. Ikutkan ayam yang saya ada sekarang memang lah x cukup untuk support tempahan sebanyak itu, tapi nasib baik rakan-rakan ternak yang lain membantu untuk memenuhi permintaan pelanggan saya. Biasa lah musim perayaan kan... tambahan pulak bulan puasa nih la peluang tuk menambah pendapatan. 

Bila dikenang kembali permulaan saya terbabit dengan ternakan ayam kampung ni, 2 tahun lepas, ia berlaku secara tak sengaja. Asalnya saya pergi kedai burung tuk melihat haiwan yang comel-comel, tetiba bila terpandang anak ayam kampung, terdetik pula kat hati ni try bela, maka 10 ekor anak ayam kampung saya bawa beli. Sampai di rumah, bari sibuk nak buat reban, memandangkan ayam ni x banyak, maka saya cuma siapkan reban kecil je la... selepas sebulan tengok ayam tu membesar, hati da mula tertarik, rasa minat nk mendalami life ayam kampung ni. Maka saya beli lagi 15 ekor untuk bulan ke-2, dalam pemerhatian pembesaran ayam nih, saya juga ada search maklumat kat internet tentang cara penjagaan ayam kampung nih, jangkamasa nya agak lama berbanding ayam daging, cara pemakannan juga x sama. Saya teruskan lagi "experimen" minat saya sehingga lah tanpa disedari sekarang, saya dah pun memiliki resan yang boleh menampung 1200 ekor ayam dalam satu masa, malah saya juga dah pun mendirikan bangsal penyembelihan yang sistematik untuk proses penyembelihan dan pembungkusan ayam kampung. 





Tak sangka pula, bermula dengan suka-suka boleh jadi pendapatan tambahan bagi saya. 2 tahun telah saya lalui, dan nampaknya projek ternakan ayam kampung ni memang boleh memberi pendapatan yang lumayan untuk saya. Mentor saya juga bermula dengan pekerja kilang elektronik, sekarang dah berhenti kerja da memberi 100% komitmen dalam bidang ternakan ayamnya, tak mustahil selepas ini giliran saya pula, tunggu masa yang sesuai! 

Bagi mereka yang berminat untuk menternak ayam kampung, teruskan... jangan risaukan cabarannya, kalau anda memang minat, pasti ada jalan untuk berjaya. tapi jangan lupa untuk menimba ilmu juga, ajakan saya cari la mentor... dia sangat penting untuk anda. sangat penting!! 


Saturday, July 21, 2012

Berakhirnya Tawaran Ayam Kampung 2 Ekor RM 26.00

Saya dihubungi pelanggan yang bertanyakan tentang offer 2 ekor RM26.00, tapi tawaran ini telahpun tamat semalam... (20hb julai). Saya tak dapat nak melanjutkan tawaran ini memandngkan stok ayam untuk saiz tersebut sudahpun habis.... oleh itu, untuk bulan Ramadhan ini saya akan membuka tawaran yang lebih menjimatkan pelanggan... esok saya kan umumkan tawaran ini, selepas pemeriksaan stok peringkat akhir tamat. 

Offer untuk kedai makan/ warong/ restoran sila hubungi saya... 

Ramadhan Bulan Mencari Rezeki

Salam ramadhan untuk semua, masuk saja bulan ramadhan ni, banyak pulak order ayam kampung. Kebanyakkan mereka order untuk tujuan niaga pasar ramadhan.... semalam saja saya menghabiskan masa sehari untuk memenuhi beberapa permintaan pelanggan... bermula dengan memilih ayam seperti kehendak pelanggan sehinggalah membungkus dan menghantar tempahan pelanggan.

Memandangkan pelbagai order yang berbeza... jadi masa untuk menyediakan tempahan pelanggan agak lama... untuk yang berniaga AYAM KAMPUNG SALAI, proses nya x la rumit berbanding untuk AYAM KAMPUNG BEREMPAH...

hmm... ada juga yang order ayam kampung tapi tak tahu nak masak apa?? hehe... ini memang saya bingung.... tapi berdasarkan pengalaman saya dan maklum balas pelanggan maka saya cadangkan lah beberapa menu yang BOOOMMM untuk menu ayam kampung nih.

Saya akan menyokong peniaga yang baru nak mula kan perniagaan makanan terutamanya melibatkan ayam kampung.

Tempahan ayam kampung untuk HARI RAYA dibuka sekarang... kena cepat ye... stok pon xlah byk... saya bukannya penternak berbangsa cina yang punyai reban yang super besar... saya hanya penternak ayam kampung sederhana... setakat 1000 ekor sebulan di reban saya.

Thursday, July 19, 2012

65 ekor Ayam Kampung.

Huusshhh... hari ini terasa penat, bermula 10pagi hingga 3petang menghabiskan masa di reban. Tambahan pula hari ini ada order dari sebuah restoran nak 50 ekor ayam dan 15 ekor untuk gerai nasi lemak kukus saya. Memandangkan tempat penyembelihan kekal belum siap, saya dan pekerja kena mengangkat kotak ayam ke kawasan penyembelihan sementara, agak jauh.


Monday, July 16, 2012

AYAM SERAMA BULU BALIK UNTUK DIJUAL


Assalammualaikum... kepada peminat ayam serama & ayam exotic, saya ingin menawarkan 
peluang untuk anda memiliki ayam serama bulu balik yang unik ini. Tapi stok pon ada seekor 
je nih, sapa cepat dia dapat laa..

sekarang kat reban ada gak beberapa jenis ayam serama lain 
1. Ayam serama putih (bulu biasa)
2. Ayam serama bulu balik coklat (versi terhad)
3. mini cochin emas

semua ini induk, umur setahun lebih.... 

kepada yang berminat sila hubungi 019-7847080, kluang johor.
harga boley runding.

Tuesday, July 3, 2012

PROMOSI MENYAMBUT RAMADHAN

2 EKOR DENGAN HARGA RM26.00 SAHAJA!!

sempena kehadiran RAMADHAN akan datang, saya ingin menawarkan ayam dengan harga RM26 sahaja bagi 2 ekor ayam. (normal price: RM 30.00)


TAWARAN INI BERMULA 3hb JULAI hingga 20hb JULAI sahaja. 


- Ayam siap diproses.
- Pakej ini secara double-pax (tidak boleh dibeli seekor sahaja)
- Tawaran ini tidak termasuk penghantaran.
- Ayam perlu ditempah dalam tempoh 24jam sebelum diambil. (ayam akan diproses dalam tempoh itu, kesegaran ayam dijamin)
- Bagi tempahan yang melebihi 100 pax, penghantaran disediakan.

- Pakej Istimewa disediakan untuk peniaga kedai makan/ restoran/ cafe. (rujuk terus kepada admin)













Maklumat lanjut hubungi En. Hanc -0197847080 -area Kluang, Batu Pahat & Yong Peng.

Wednesday, June 27, 2012

Produk Ayam Kampung "Ready-to-Cook"

Salam Sejahtera...

Saya nak memperkenalkan produk baru ayam kampung yang terjamin memberi kemudahan kepada peminat ayam kampung untuk menyediakan masakan ayam kampung. Mungkin untuk membeli seekor ayam kampung terlalu banyak untuk satu keluarga kecil, kemudian nak dapatkan idea untuk menyediakan masakan yang sesuai untuk ayam kampung pun kadang-kadang boleh buat suri rumah pening kepala. Oleh itu, produk ayam kampung "ready-to-cook" akan menjimatkan masa anda dan memudahkan anda untuk menikmati menu ayam kampung di rumah sendiri.

PRODUK AYAM KAMPUNG "READY-TO-COOK"


1. Ayam Kampung Rendang
2. Ayam Kampung Rendang Perap (Ungkep)
3. Ayam Kampung Beriani
4. Ayam Kampung Blackpepper (grill)


akan datang....


5. Ayam Kampung Berempah
6. Ayam Kampung TomYam
7. Ayam Kampung Satey (goreng)
8. Ayam Kampung Asam Pedas








Pakej Khas disediakan untuk mereka yang berminat untuk menjadi PENGEDAR di kawasan masing-masing, hanya seorang pengedar bagi satu kawasan dan seorang PENGEDAR NEGERI bagi setiap negeri... keterangan lanjut sila hubungi 0197847080 - Mr Hanc

Monday, March 5, 2012

versi peniaga: Tingkatkan Potensi Perniagaan Anda



Assalammualaikum...

Nampaknya perniagaan masakan ayam kampung semakin mendapat sambutan sekarang. Kebelakangan ini, kami selalu mendapat panggilan untuk tempahan ayam kampung. Apa yang saya perhatikan di beberapa kawasan di sekitar Kluang, Mersing & Batu Pahat, tidak ramai peniaga kedai makan yang menjual masakan ayam kampung, bukan soal harga yang mereka risaukan, tapi masalah untuk mendapatkan sumber yang berterusan. Dari segi harga, pelanggan tidak banyak karenah, namun kalu hari ini ada menu ayam kampung tapi esoknya tidak ada... ini la yang merunsingkan peniaga.

Memandangkan sumber untuk mendapatkan ayam kampung ini sukar, kami bersedia bekerjasama dengan peniaga-peniaga warung/ kedai makan untuk memastikan stok ayam tidak putus dan kualiti ayam tersebut sentiasa dikekalkan.

Antara menu dari pelanggan kami yang mendapat sambutan ialah;

Nasi Ayam Penyet -------RM 6.50 (1/4 ekor)
Sup Ayam Kampung ----RM 8.00 (1/4 ekor)
Nasi Ayam Kampung ----RM 5.00
Nasi Bariani Ayam Kampung ----RM 7.50
Nasi Lemak Ayam Kampung -----RM 4.00

Mungkin anda juga boleh cuba untuk menambah margin keuntungan perniagaan anda, yang pastinya menu ayam kampung sentiasa dinantikan oleh pelanggan, cuma mereka tidak tahu di mana ada menu ini.


Wednesday, January 25, 2012

PROMOSI untuk WARONG/ KEDAI MAKAN/ RESTORAN

TAWARAN INI DIBUKA SEMULA SEHINGGA 19 OGOS 2012



Sempena tahun 2012 ni, kami ingin meng"offer" pengusaha kedai makan untuk dapatkan bekalan ayam kampung dengan harga yang terbaik. Promosi ini sah sehingga 15 Feb 2012* dan jangkamasa harga promosi tersebut dapat dinikmati sehingga Dis 2012.

Hubungi kami segera untuk harga yang terbaik dan tiada perubahan harga sepanjang tahun.


(* mengikut terma & syarat)

Nasi Ayam Penyet


Assalammualaikum...

Agak lama rasanya saya tak update blog ni, bukan sebab busy sangat tapi... terlupa password blog pulak... (hehe...).
Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan bisnes makan yang semakin popular sekarang, NASI AYAM PENYET. Makanan ini berasal dari Indonesia tapi dikenali dengan nama Nasi Lelapan. Uniknya tentang nasi ayam penyet nih, ayam yang digunakan dipanggang/grill dan dilengkapi dengan ulam-ulam serta sambal... ia merupakan set makanan yang lengkap dan berkhasiat. Malah ia juga sesuai dengan selera nusantara..

Walaubagaimanapun, pada masa kini menu ini telah diubah suai, asalnya ia menggunakan ayam kampung (bukan ayam daging). Ini lah yang membezakan nasi ayam penyet dengan masakan lain. Namun, mungkin disebabkan sukar untuk mendapatkan sumber ayam kampung berterusan, maka ramai pengusaha kedai makan/ restorans menggunakan ayam daging sahaja. Bagi mereka yang tidak pernah merasai masakan ini, mungkin mereka sendiri tidak tahu bahawa asalnya ia dari ayam kampung. Banyak beza antara ayam kampung dan ayam daging, rasa dagingnya yang kenyal dan manis menyebabkan aroma nasi ayam penyet lebih istimewa.

Oleh itu, bagi mereka yang baru ingin menjamu selera baru ini, cari lah warung/kedai makan/ restorans yang menyediakan nasi ayam penyet original (dari ayam kampung).