Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Bulan Mencari Rezeki

Salam ramadhan untuk semua, masuk saja bulan ramadhan ni, banyak pulak order ayam kampung. Kebanyakkan mereka order untuk tujuan niaga pasar ramadhan.... semalam saja saya menghabiskan masa sehari untuk memenuhi beberapa permintaan pelanggan... bermula dengan memilih ayam seperti kehendak pelanggan sehinggalah membungkus dan menghantar tempahan pelanggan.

Memandangkan pelbagai order yang berbeza... jadi masa untuk menyediakan tempahan pelanggan agak lama... untuk yang berniaga AYAM KAMPUNG SALAI, proses nya x la rumit berbanding untuk AYAM KAMPUNG BEREMPAH...

hmm... ada juga yang order ayam kampung tapi tak tahu nak masak apa?? hehe... ini memang saya bingung.... tapi berdasarkan pengalaman saya dan maklum balas pelanggan maka saya cadangkan lah beberapa menu yang BOOOMMM untuk menu ayam kampung nih.

Saya akan menyokong peniaga yang baru nak mula kan perniagaan makanan terutamanya melibatkan ayam kampung.

Tempahan ayam kampung untuk HARI RAYA dibuka sekarang... kena cepat ye... stok pon xlah byk... saya bukannya penternak berbangsa cina yang punyai reban yang super besar... saya hanya penternak ayam kampung sederhana... setakat 1000 ekor sebulan di reban saya.

No comments: