Friday, July 2, 2010

YOT FARM: PROJEK TERNAKAN ITIK PENELUR

Pada 22 Jun lepas, saya meluang masa melawat projek ternakan itik di Ayer Hitam tempat kenalan baru. Maklumlah dalam dunia penternakan ini network nak kena bertambah. Brother yang memperkenalkan diri sebagai Yot ini, mempunyai 800 ekor itik telur dan dapat menghasilkan 500 biji telur sehari. Telur-telur ini diproses sebagai telur masin.


Rumah Yot Farm (reban itik kat belakang rumah)




Apa yang menariknya, Yot Farm menghasilkan makanan untuk ternakan mereka sendiri. Oleh itu, kos makanan dapat dikurangkan dan risiko dapat dielakkan. Saya cukup bangga melihat kejayaan anak Melayu dalam bidang ini. Tidak ramai yang ingin menceburkan diri dalam bidang ternakan itik penelur ini. Sesiapa yang nak dapatkan makanan ternakan yang murah tapi sama kualiti seperti Cargill & Goldcoin, ha! cubalah makanan ternakan keluaran penternak bumiputera ini.

Peluang yang anda boleh dapat dari Yot Farm: teknik penternakan itik telur, makanan itik yang sesuai, bekalan makanan itik telur & pedaging, ayam kampung & puyuh, bekalan telur masin.

3 comments:

Unknown said...

Salam, ada jual anak itik telur khaki campbell x? 1500 ekor. Boleh call saya 0137357015

Fandi said...

Anak puyuh pedaging n petelur ada jual x?? Boleh watsap sy 0187792831

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya, ada jual baka itik penelur tak? Boleh whatsapp saya 0108812106