Tuesday, July 27, 2010

DR HANC: SIRI 2

Salam 1 Malaysia!!

Melihatkan respon yang baik terhadap tulisan saya tentang SIRI CEGAH & RAWAT bersama DR Hanc, kali ini saya akan menjelaskan jenis-jenis penyakit yang biasa di serang oleh ayam dan unggas-unggas lain. Terima kasih kepada yang menghubungi melalui email untuk dapatkan maklumat tambahan tentang penyakit dan kaedah pencegahan awal. Ada sebahagian yang saya balas dan ada juga yang saya minta untuk terus mengikuti tulisan dalam SIRI ini. InsyaAllah dengan usaha teman-teman penternak yang gigih untuk meningkatkan pengetahuan tentang penyakit unggas.

Berdasarkan pengalaman saya dan rakan ternak lain, penyakit pada unggas adalah antara penyakit yang mudah merebak dan tanpa pencegahan yang berterusan, akibat tersebarnya penyakit ini boleh memberi kesan terhadap hasil ternakan. Teringat saya kisah sahabat ternakan dari bahagian Kluang ini, pada tahun 2008 beliau telah memulakan ternakan ayam kampung dengan memasukkan anak ayam (yang pada ketika itu berharga RM4 seekor) sebanyak 2000 ekor ke reban baru beliau. Dengan semangat sebagai penternak baru beliau aktif di reban dan memberi perhatian penuh kepada ternakan baru beliau. Selepas 3minggu ke semua 2000 ekor anak ayam beliau mati kerana sampar. Saya jangkakan beliau akan jadi salah seorang penternak berjaya, namun sekarang beliau putus asa untuk menternak lagi. Rugi! Alangkah rugi! Modal yang besar tanpa hasil. Tambah rugi lagi, kita kehilangan penternak yang baru. Lihat! Hanya kerana penyakit ia mampu memusnahkan harapan seorang penternak baru.

Berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya ada tujuh (7) punca yang boleh menyerang ternakan unggas secara umum:

  1. 1 Tekanan.
  2. 2 Kekurangan zat makanan.
  3. 3 Parasit.
  4. 4 Penyakit kerana protozoa.
  5. 5 Penyakit kerana bakteria.
  6. 6 Penyakit kerana virus.
  7. 7 Penyakit kerana kulat.

1. TEKANAN

tekanan atau cengkaman adalah suatu keadaan di mana ayam mengalami ketegangan kerana keadaan persekitaran tidak nyaman atau selesa.

GEJALA

Tekanan yang dialami oleh ayam kampung ini akan menyebabkan nafsu makan menurun. Tubuh menjadi lemah, pertumbuhan terganggu serta pengeluaran telur menurun dan akhirnya berhenti.

PENYEBAB

  • · Cuaca atau iklim yang buruk seperti hujan lebat, angin kencang, udara panas dan udara dingin.
  • · Kebisingan seperti suara ledakan, kenderaan, pesawat, jet, helicopter dan lain-lain.
  • · Terjadi kejutan seperti ada orang asing atau haiwan liar masuk reban.
  • · Akibat mekanikal seperti pemotongan paruh, vaksinasi, pindah reban dan perjalanan (biasa dialami anak ayam atau DOC)
  • · Penggantian makanan dan minuman yang tidak mencukupi.
  • · Saiz reban tidak bersesuaian dengan jumlah ternakan (padat).

PENCEGAHAN dan RAWATAN

Jika terjadi perubahan cuaca atau setelah dilakukan vaksinasi maka perlu diberi ubat antistress atau boleh gunakan bawang putih yang dicampurkan dalam minuman ternakan. Bawang putih adalah salah satu herba yang baik untuk ternakan unggas.

Untuk 6 punca penyakit yang lain saya akan jelaskan dalam siri akan datang… ni kat hospital la, nak jumpa doctor dulu.

2 comments:

radhiya said...

salam doc. saya ada masalah dgn ayam2 sy... reban sy skrang tgh dilanda penyakit... semua tjadi selepas perubahan cuaca(dari hujan ke panas).. simptom: kerongkong berbunyi seperti ada lendir yg banyak ketika bernafas dan kurang selera makan.. sy harap doc. dapat reply msg nie mengenai cara rawatan dan pencegahan..

joe aspalela said...

Assalammualaikum Dr...

Ada sambungan ke mengenai enam penyakit2 tersebut?