Sunday, February 20, 2011

PENGEDAR DI PERLUKAN



Hanc Marketing ingin membuka peluang kepada individu atau peniaga yang ingin menjadi agen/pengedar produk Ayam Kampung Hanc Brand sekaligus menjana pendapatan sampingan. Peluang ini amat sesuai untuk peniaga frozen food, peniaga kedai runcit, pasaraya dan pekerja pejabat. Produk yang dijamin kualiti, kesegaran & Halal ini bakal menjadi produk pilihan keluarga. Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk menjana pendapatan sampingan.

Hubungi En. Roslan 012-7655334/07-7745334

Pengedar diperlukan bagi setiap negeri.

PRODUK "ready-to-cook"


Hanc Brand dengan sukacitanya memperkenalkan produk "siap untuk dimasak" sulung dengan terdapat 5 produk awal iaitu
1 - Ayam Kampung Goreng Berempah (RM 6.50)
2- Ayam Kampung Blackpepper (RM 6.50)
3- Ayam Kampung Grill (RM 6.50
4- Puyuh Goreng Berempah (RM 6.00)
5- Puyuh Grill (RM 6.00)
Sesuai untuk surirumah yang berkerjaya dan mereka yang memiliki ahli keluarga kecil, pek khas ini disediakan untuk memudahkan tugasan di dapur.
Cuba lah dulu.... Simply Fresh & Halal

Friday, February 18, 2011

HANC BRAND

Assalammualaikum....

Firstly, terima kasih kepada sahabat penternak yang meminta saya untuk aktif semula dalam blogspot ni. Hmm... bukannya dah tinggalkan blog ini... cuma sibuk dengan urusan perniagaan yang semakin maju. Kat sini saya cerita semula kronologi penglibatan saya dalam bidang ternakan.

Ternakan Ayam Kampung
Bermula pada Oktober 2009, selepas pu
lang semula ke tanahair, saya telah merancang untuk membina sebuah perniagaan yang berasaskan makanan (niat di hati nak jadi pengeluar sumber makanan halal kat Malaysia ni). Setelah belek2 kat web/blog, saya dapati ternakan ayam kampung ni agak menarik, bukan sebab keuntungan tetapi sebab cabaran dan pasara
nnya pada masa kini. Bermula dengan 15ekor anak ayam kampung yang dibeli dari petshop.... kemudian meningkat kepada 30, 50, 100, 200, 300 dan kini mencecah 2000ekor ayam kampung yang saya mampu ternak. Pengalaman dengan ternakan ayam kampung memang banyak... teringat saya semasa menternak 200 ekor dahulu, hampir 100 ekor mati kesan dari pengurusan yang kurang cekap... masa tu tuhan saja yang tahu perasaan dan kedukaan saya... ade gak rasa nak quit... tapi... berk
as nasihat dan sokongan mak & Ayah... Alhamdulillah... sampai sekarang bertahan....

AYAM KAMPUNG FROZEN
Asalnya jualan dibuat secara ayam hidup, tetapi lama kelamaan kaedah ini kurang memberi khidmat yang berkesan untuk pelanggan saya, tambahan pula masa juga agak terbazir sekiranya ada pelanggan yang nak ayam kampung proses. Sejak itu, saya telah mendapatkan sebuah freezer saiz 4kaki panjang untuk menyimpan ayam kampung yang siap di proses. maka bermula lah AYAM KAMPUNG FROZEN.

harga jualan pada waktu itu: RM11.40/kg

Penyediaan untuk ayam kampung frozen ni ada rumit sikit, untuk mengekalkan kesegaran dan mengelakkan dari ayam cepat rosak, ade beberapa petua yang perlu digunakan... contoh; selepas ayam di buang usus & perut, ayam perlu direndam dengan air sejuk dibawah suhu 4darjah. Lepas tu baru boleh packing dan simpan dalam freezer.

Ayam Kampung Frozen ni sekarang dijual mengikut saiz;
S = RM 12.00
M=RM 15.00
L=RM 18.00
XL=RM 23.00
XXL= RM 27.00

mudah lah customer nak order, sebelum ni ikut berat ayam... pening kepala! banyak harga. Walaubagaimanapun, AYAM KAMPUNG HIDUP tetap masih di jual dengan harga RM 10.50/kg.















Selanjutnya saya akan perkenalkan PRODUK SEDIA UNTUK DIMASAK (ready-to-cook).
untuk maklumat ini, nanti kan entry yang seterusnya,,,, hehe.

Friday, October 29, 2010

PERSATUAN BELIA AGROBELIA JOHOR


Salam Belia Johor. Pengunguman ini ditujukan untuk anak-anak belia dari negeri Johor yang sedang dan akan melibatkan diri dalam bidang ternakan, anda dipelawa untuk menyertai PERSATUAN BELIA AGROBELIA NEGERI JOHOR. Penyertaan sedang dibuka untuk semua daerah di negeri ini.

fokus utama persatuan ini adalah untuk membantu, membimbing dan menyokong penternak untuk mendapatkan sumber bahan mentah, kaedah operasi/proses penternakan yang berkesan serta pemasaran untuk produk ternakan ahli.

selain itu juga, AGRObelia berusaha untuk megurangkan kos penternak melalui pembelian makanan ternakan secara berkumpulan serta mencari inisiatif berkesan untuk memasarkan produk ternakan. bimbingan juga akan diberi untuk mengurangkan kadar kematian ternakan melalui program kesihatan ternakan dan penternak.

Penternak dari semua 10 buah daerah Johor amatlah digalakkan menyertai persatuan ini.
.Johor Bahru.Kota Tinggi.Mersing.Kulaijaya.Pontian.Batu Pahat.Kluang.Muar.Segamat.Ledang.

Maklumat lanjut sila hubungi 012-7566334 (hanc)

Monday, October 25, 2010

Saturday, October 23, 2010

Suasana Hanc Farm.

Salam.

sekarang HANC FARM setapak ke depan dengan pembukaan rabbit-park. Pelbagai jenis arnab koleksi kecil-kecilan. sekarang ni ada lebih 50 ekor arnab induk hias dan pedaging.


tempat kereta da jadi reban arnab. semua nya ada 23 buah reban
yang boleh menampung 200 ekor arnab.







ni tempat ayam-ayam exotic tinggal. semua dalam cage laaa..

PERSATUAN BELIA AGROBELIA JOHOR

Alhamdulillah, berkat usaha rakan penternak belia Negeri Johor maka tertubuhlah sebuah persatuan khusus untuk belia-belia yang meminati bidang penternakan.

Tujuan persatuan ini adalah untuk membentuk jaringan sosial di antara ahli persatuan selain menyelaras sumber, operasi, pasaran dan harga bagi produk ternakan.

Kepada rakan ternak dari JOHOR, saya mengalu-alukan anda sertai persatuan ini bersama. InsyaAllah, usaha ini diberkati tuhan.

Untuk maklumat lanjut hubungi Setiausaha AGRObelia, En. Fero 017-7534335 segera.

Saya difahamkan kursus-kursus yang dianjurkan pihak persatuan dapat disertai dengan bayaran yang rendah.