Wednesday, July 14, 2010

PROJEK II -PENTERNAKAN & PENETASAN ITIK

Menternak nih memang seronok, kalau balik kerja mengadap ternakan rasa sejuk je mata, hilang rasa penat. Tapi rumah sewa sekarang dengan tapak projek agak jauh, oleh tu saya telah merancang nak menternak itik kat rumah sewa pulak. Buat teman masa santai. Memandangkan pihak PLTV, Kluang nak lelong itik-itik mereka, maka saya pun x mahu gak lepaskan peluang untuk memiliki beberapa ekor itik tersebut, tambah pulak itik-itik mereka memang sedang syok bertelur...

09-Julai-10: 100 ekor itik Golden White + 36 ekor itik Khaki Chambell mula menetap di kediaman peribadi saya. hehe... Plan untuk itik-itik ni nak buat penetasan jer, sebab adamember penternak yang mintak saya supply anak-anak itik.


telur pada hari pertama selepas itik pindah

meriah daa umah sewa saya...


bersantai di reban baru


cumil kan...


ha! ini itik telur (30betina + 6jantan)



Tuesday, July 13, 2010

LAWATAN KE TAPAK EN HARON

Minggu lepas saya dan abang telah pergi melawat ke sebuah reban ayam kampung di Sungai Lurus, Senggarang. Pemilik reban ni En. Haron, beliau mendapat bantuan anak ayam kampung dan makanan ternakan dari Mardi. Walaupun projek beliau berskala kecil, tapi... pengalaman beliau selama 2tahun dalam bidang penternakan ayam kampung cukup banyak, cuma ilmu tentang ubat-ubatan sahaja yang kurang. En. Haron ni ada 5 orang anak kecil yang masih belajar, sebab tu la dia boleh dapat bantuan dari pihak Mardi, untuk ringankan bebanan keluarga. Selain menternak ayam kampung, beliau gak giat membuat penetasan secara tradisional, tanam pokok cili dan ternak itik telur.

masa datang ni, baru je banjir... basikal ni tempat ayam bertelur.


tanaman cili


reban ayam kampung En. Haron


stok dedak yang taja (murah rezki En. Haron)


Malaysia Boleh!!!



Tapak Projek

Salam. Ramai yang dah tanye mane la reban "hanc farm", so kali ini saya paparkan beberapa keping gambar dari Hanc Farm.

Reban ini boleh menampung 2000 ekor ayam dalam satu masa.



ni pandangan belakang, bawah tu kandang itik.

ha! ni la ayam kampung ternakan saya...

2000 ekor dalam satu masa...

pandangan atas


Tuesday, July 6, 2010

KEMPEN MAKAN AYAM KAMPUNG

Memang betul teman-teman blog pesan, nak bergiat dengan blog ni perlu komitmen, masa untuk pastikan blog sentiasa update! Plan nak update hujung minggu lepas, tapi sebab sibuk dengan "kempen" maka baru hari ini dapat update blog nih.

"Kempen Makan Ayam Kampung" ni adalah idea asal abang saya, untuk luaskan pasaran dia merancang dan menganjurkan kempen 3 hari ini, bermula jumaat hingga ahad minggu lepas. Pada awalnya tak dijangka sambutan menggalakkan. Kempen ini dibuat kat 3 lokasi Kluang, Ayer Hitam & Batu Pahat (semua kat johor laa..). Sepanjang kempen ini 600 ekor ayam kampung berjaya dipasarkan. Macam biasalah, mejoriti cina yang minat.

Sekarang ni Hanc Farm tengah pening kepala pulak, pasaran memang meletup, tapi stok plak yang x cukup... huhu... ada beberapa buah kedai makan & restoran cina yang memerlukan bekalan ayam kampung sehingga 80 ekor sehari... tapi... reban kami hanya mampu keluarkan 600-800 ekor sebulan sahaja setakat ini, tu pun da ada yang book awal. Sekarang ini saya sedang berusaha untuk mengumpulkan maklumat tentang penternak-penternak ayam kampung di area Kluang ni. Harap-harap bagi penternak-penternak samada kecil atau sederhana dapat memberi feedback selepas baca note ini.

Friday, July 2, 2010

YOT FARM: PROJEK TERNAKAN ITIK PENELUR

Pada 22 Jun lepas, saya meluang masa melawat projek ternakan itik di Ayer Hitam tempat kenalan baru. Maklumlah dalam dunia penternakan ini network nak kena bertambah. Brother yang memperkenalkan diri sebagai Yot ini, mempunyai 800 ekor itik telur dan dapat menghasilkan 500 biji telur sehari. Telur-telur ini diproses sebagai telur masin.


Rumah Yot Farm (reban itik kat belakang rumah)




Apa yang menariknya, Yot Farm menghasilkan makanan untuk ternakan mereka sendiri. Oleh itu, kos makanan dapat dikurangkan dan risiko dapat dielakkan. Saya cukup bangga melihat kejayaan anak Melayu dalam bidang ini. Tidak ramai yang ingin menceburkan diri dalam bidang ternakan itik penelur ini. Sesiapa yang nak dapatkan makanan ternakan yang murah tapi sama kualiti seperti Cargill & Goldcoin, ha! cubalah makanan ternakan keluaran penternak bumiputera ini.

Peluang yang anda boleh dapat dari Yot Farm: teknik penternakan itik telur, makanan itik yang sesuai, bekalan makanan itik telur & pedaging, ayam kampung & puyuh, bekalan telur masin.

Friday, June 18, 2010

PASARAN YANG SEMAKIN LUAS

Ada yang kata, buat ayam kampung ini susah nak dapatkan pasaran, tapi semenjak aku mulakan projek ini, sebenarnya bukan masalah nak dapatkan pasaran... tapi... kebanyakkan penternak hanya fokus kepada penternakan. Seharusnya kita perlu buat market survey dulu. Dengan kata lain, perlu ada pengurusan yang baik. Pemasaran memang penting! Network pon mesti baik. Untuk catatan seterusnya, aku akan jelaskan situasi yang mengakibatkan ramai penternak ayam kampung yang tidak berkembang.

Wednesday, June 16, 2010

POTENSI TERNAKAN AYAM KAMPUNG

Industri penternakan ayam di Malaysia telah dibangunkan hampir lima puluh tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1950-an. Kini industri ini telah berkembang dan membangun untuk menjadi sektor yang paling penting dalam industri ternakan Negara. Industri ayam menyumbang lebih 74% jumlah produk ternakan pada keseluruhannya dan merupakan industri berbilion ringgit dengan nilai melebihi RM7bilion. Semenjak pertengahan 1970-an, Malaysia telah mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran daging dan telur ayam. Negara juga mengeksport produk ayam dalam bentuk segar dan juga proses dengan nilai lebih RM300 juta setahun. Industri ternakan ayam ini meliputi ayam kampung, ayam daging atau produk ayam seperti telur.

Ayam kampung memiliki kepentingan tersendiri di dalam pembangunan penternakan di Malaysia. Ayam kampung merupakan bahan sumber protein haiwan bagi memenuhi keperluan masyarakat dan sebagai ternakan yang dapat dijadikan usaha sambilan bagi masyarakat terutamanya yang tinggal di kampung.

Sebelum tahun 1970-an, pada awal pembangunan penternakan di Malaysia, keperluan masyarakat terdapat protein haiwan asal ayam hampir keseluruhannya dipenuhi oleh ayam kampung. Ayam kampung tersebut berasal dari penternakan rakyat yang pemeliharaannya dilakukan secara tradisional. Setelah tahun 1970-an, sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk tahap kesedaran masyarakat mula meningkat tentang gizi makanan mereka. Daya beli masyarakat mula berubah dan permintaan terhadap ayam kampung semakin meningat pesat.

Ayam yang sedia ada tidak lagi mampu dipenuhi oleh penternakan ayam kampung. Oleh sebab itu, kerajaan mengembangkan penternakan ayam pedaging bagi memenuhi permintaan produk ayam.

Penternakan ayam pedaging berkembang pesat sehingga dalam waktu yang singkat telah mampu mendominasi produka ayam untuk memenuhi permintaan masyarakat. Namun itu tidak bererti ayam kampung tidak mengalami perkembangan. Penternakan ayam kampung tetap berkembang tetapi agak perlahan berbanding dengan ayam pedaging. Ini disebabkan selera masyarakat terhadap produk ayam kampung yang tidak dapat digantikan oleh produk ayam pedaging. Daging dan telur ayam kampung memiliki cirri yang khas dan sangat disukai masyarakat.

Salah satu daya tarikan masyarakat untuk menternak ayam kampung adalah harganya yang selalu mengalami peningkatan dan fluktuasi harganya relatif tetap. Selain itu, sistem penjualan produk ayam kampung agak berbeza dengan ayam pedaging kerana ayam akan ditimbang berat sebelum disembelih atau diproses, ini memberi nilai tambah kepada jualan tersebut. Bagi penternak sistem tersebut cukup menguntungkan. Ayam kampung juga memiliki daya ketahanan tubuh yang lebih baik jika dibandingkan dengan ayam pedaging. Ayam kampung sangat relatif dan jarang mengalami tekanan akibat perubahan musim atau kerana cuaca yang buruk. Ayam kampung memiliki daya adaptasi yang baik terhadap lingkungan yang buruk. Hal ini menjadikan pemeliharaan ayam kampung dapat dilakukan meskipun dengan teknologi pemeliharaan dan pemberian makanan sederhana.