Saturday, July 31, 2010

RENUNGAN DARI HADIS NABI


Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan Allah rezekinya atau dipanjangkan Allah umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang)." - Bukhari.


Kasih sayang dan silaturahim bukan lah setakat hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan alam sekitar juga berkaitan dengan silaturahim. Jadi bagi penternak-penternak samada yang sedang berjaya atau yang sedang mahu memulakan langkah dalam bidang ternakan ini, INGAT! kita bukan setakat mendapat pendapatan dari hasil ternakan samada daging, telur mahupun jual hidup, perlu di ingat juga "bagaimana" kita menjaga hubungan dengan binatang ternakan tersebut. Menternak bukan kerana untung semata2, tapi kerana menjaga silaturahim dan ibadah (hubungan dengan Tuhan).

ITIK DAGING 100 EKOR UNTUK DI JUAL



Salam!!!

teman ada hasrat nak jual samada secara pukal atau sikit2 kepada sapa2 yang ber
minat nak beli itik daging (Golden White). Umur itik2 nih 8 bulan dan dah mula bertelur, berat badan antara 3.0-3.5kg, kira sapa dulu dia yang dapat laa... sebab teman cuma ada 100 ekor je nih.




Tujuan jual nih sebab nak fokus kat projek itik telur je. Jadi sebab x nak pening2 pikir sampai byk jenis itik, teman pon pikir ni je la jalan terbaik.




Kepada yang berminat boleh call anytime 017-5316651 (bro Ali).

Thursday, July 29, 2010

AYAM SERAMA BULU BALIK & AYAM JAMBUL PUTIH


Kesian pulak tengok nasib ayam serama bulu balik jantan kat umah nih, bagi betina x nak pulak. Jadi saya pon pergi la kat reban member baru2 nih, ternampak lak sekor ayam serama betina yang bulu balik jugak, apa lagi... terus buka harga laa... buat teman si jantan bulu balik nih, hah! sekarang dah pun ada bini, setiap jam la kawen.... naik penat lak usha ayam nih.







ha! yang ini pulak ayam jambul putih, ni bukan milik sendiri... tapi pinjam ayam kawan kat vetarinar, nak kacuk kan ngan ayam polish jantan. memandangkan warna ayam nih putih, jadi... harap2 anak2 mereka pon akan comel2...


Tuesday, July 27, 2010

DR HANC: SIRI 2

Salam 1 Malaysia!!

Melihatkan respon yang baik terhadap tulisan saya tentang SIRI CEGAH & RAWAT bersama DR Hanc, kali ini saya akan menjelaskan jenis-jenis penyakit yang biasa di serang oleh ayam dan unggas-unggas lain. Terima kasih kepada yang menghubungi melalui email untuk dapatkan maklumat tambahan tentang penyakit dan kaedah pencegahan awal. Ada sebahagian yang saya balas dan ada juga yang saya minta untuk terus mengikuti tulisan dalam SIRI ini. InsyaAllah dengan usaha teman-teman penternak yang gigih untuk meningkatkan pengetahuan tentang penyakit unggas.

Berdasarkan pengalaman saya dan rakan ternak lain, penyakit pada unggas adalah antara penyakit yang mudah merebak dan tanpa pencegahan yang berterusan, akibat tersebarnya penyakit ini boleh memberi kesan terhadap hasil ternakan. Teringat saya kisah sahabat ternakan dari bahagian Kluang ini, pada tahun 2008 beliau telah memulakan ternakan ayam kampung dengan memasukkan anak ayam (yang pada ketika itu berharga RM4 seekor) sebanyak 2000 ekor ke reban baru beliau. Dengan semangat sebagai penternak baru beliau aktif di reban dan memberi perhatian penuh kepada ternakan baru beliau. Selepas 3minggu ke semua 2000 ekor anak ayam beliau mati kerana sampar. Saya jangkakan beliau akan jadi salah seorang penternak berjaya, namun sekarang beliau putus asa untuk menternak lagi. Rugi! Alangkah rugi! Modal yang besar tanpa hasil. Tambah rugi lagi, kita kehilangan penternak yang baru. Lihat! Hanya kerana penyakit ia mampu memusnahkan harapan seorang penternak baru.

Berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya ada tujuh (7) punca yang boleh menyerang ternakan unggas secara umum:

  1. 1 Tekanan.
  2. 2 Kekurangan zat makanan.
  3. 3 Parasit.
  4. 4 Penyakit kerana protozoa.
  5. 5 Penyakit kerana bakteria.
  6. 6 Penyakit kerana virus.
  7. 7 Penyakit kerana kulat.

1. TEKANAN

tekanan atau cengkaman adalah suatu keadaan di mana ayam mengalami ketegangan kerana keadaan persekitaran tidak nyaman atau selesa.

GEJALA

Tekanan yang dialami oleh ayam kampung ini akan menyebabkan nafsu makan menurun. Tubuh menjadi lemah, pertumbuhan terganggu serta pengeluaran telur menurun dan akhirnya berhenti.

PENYEBAB

  • · Cuaca atau iklim yang buruk seperti hujan lebat, angin kencang, udara panas dan udara dingin.
  • · Kebisingan seperti suara ledakan, kenderaan, pesawat, jet, helicopter dan lain-lain.
  • · Terjadi kejutan seperti ada orang asing atau haiwan liar masuk reban.
  • · Akibat mekanikal seperti pemotongan paruh, vaksinasi, pindah reban dan perjalanan (biasa dialami anak ayam atau DOC)
  • · Penggantian makanan dan minuman yang tidak mencukupi.
  • · Saiz reban tidak bersesuaian dengan jumlah ternakan (padat).

PENCEGAHAN dan RAWATAN

Jika terjadi perubahan cuaca atau setelah dilakukan vaksinasi maka perlu diberi ubat antistress atau boleh gunakan bawang putih yang dicampurkan dalam minuman ternakan. Bawang putih adalah salah satu herba yang baik untuk ternakan unggas.

Untuk 6 punca penyakit yang lain saya akan jelaskan dalam siri akan datang… ni kat hospital la, nak jumpa doctor dulu.

Friday, July 23, 2010

DR. HANC: SIRI CEGAH & RAWAT UNGGAS


SIRI CEGAH & RAWAT bersama DR. Hanc ini adalah satu siri baru dalam blog saya bagi mendedahkan teknik dan cara pencegahan penyakit untuk unggas. Siri ini terbahagi kepada beberapa bahagian mencegah dan merawat penyakit unggas. Dengan adalah ruangan seperti ini diharap dapat memberi info dan panduan kepada teman-teman ternak serta pengkaji-pengkaji ternakan unggas.

Kejayaan penternak juga berkaitan dengan kesihatan ternakan mereka. Oleh itu, untuk menghasilkan ternakan yang sihat dan mempunyai berat ideal, rasa yang sedap dan pengeluaran telur yang produktif pencegahan penyakit hendaklah di ambil berat.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Pepatah itu selalu kita dengar. Bukan hanya dalam kehidupan pepatah itu dapat dijadikan panduan tetapi juga dalam perusahaan penternakan ayam kampung. Pencegahan penyakit pada pemeliharaan ternakan ayam lebih utama dibandingkan dengan rawatan. Perbelanjaan untuk pencegahan adalah lebih murah berbanding belanja rawatan dan ubat-ubatan. Ayam kampung yang telah diserang penyakit dan sembuh selapas dirawat tidak mampu mencapai prestasi pengeluaran yang disasarkan berbanding ayam yang tidak pernah diserang penyakit. Oleh itu, aspek pencegahan adalah penting. Penternak perlu mempunyai pengetahuan tentang penyakit dan program pencegahannya sebelum pemeliharaan dilaksanakan.

Penternak perlu mengetahui cirri-ciri ayam yang sihat dan boleh mengenal pasti keadaan ayam yang berada di luar cirri tersebut. Cirri-ciri ayam sihat adalah seperti berikut:

  • · Pengambilan makanan dan air minuman normal.
  • · Najis normal dan tidak cair.
  • · Aktif melakukan aktiviti.
  • · Bersuara normal.
  • · Pengeluaran telur normal.
  • · Suhu tubuh normal antara 40.5C – 41.7C.
  • · Denyutan jantung normal berkisar 200-400 kali per minit.
  • · Pernafasan normal berkisar 15-36 kali per minit.

Ayam kampung pasti menderita kesakitan jika tidak menunjukkan cirri-ciri seperti di atas. Hal ini mungkin disebabkan sesuatu gejala atau symptom penyakit. Beberapa gejala bersifat umum sering dijumpai pada beberapa penyakit seperti berikut:

  • · Monyok dan tidak aktif.
  • · Bulu terkulai dan kusam.
  • · Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung.
  • · Berak cair atau berak berdarah.
  • · Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
  • · Hilang selera makan.
  • · Pertumbuhan terganggu dan pengeluaran telur menurun.
  • · Kualiti kulit telur teruk.
  • · Suara tidak normal.

Penyakit ayam kampung ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu warisan, pemakanan, pengurusan, persekitaran dan jangkitan.

Beberapa symptom menunjukkan hal yang spesifik hanya kelihatan pada penyakit tertentu sahaja. Sebagai contoh, tremor (bergetar) berkaitan dengan penyakit avian emcephalomyelitis (epidemic tremors) dan paralisis berkaitan dengan botulisme.

Perubahan yang berkaitan dengan ukuran, warna, bentuk dan struktur organ disebut sebagai lesi. Seperti halnya symptom, lesi dapat bersifat umum mahupun spesifik. Sebagai contoh, enteristis berkaitan dengan beberapa penyakit, tetapi grey eye (mata kelabu) khusus ocular leukosis.

Tempat perusahaan ternakan ayam ini seharusnya bebas dari sebarang penyakit. Contohnya penyakit New Castle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza) dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.Coli 157, Campylobacter, Lysteria).

Jika penternak tidak mengetahui cara yang sebetulnya untuk menangani penyakit yang dihadapi oleh ternakan ayam kampung ini, maka penternak doleh mendapatkan bantuan nasihat daripada pegawai di Jabatan Veterinar yang berdekatan.

Wednesday, July 21, 2010

PROSPEK PERKEMBANGAN AYAM KAMPUNG KACUKAN

Peluang pasaran bagi para penternak sangat baik berdasarkan permintaan produk ayam kampung samada daging atau telur. Permintaan untuk produk ayan kampung terus meningkat dengan pesat, namun begitu peluang ini tidak dapat dimanfaatkan dengan baik. Kecenderungan permintaan adalah lebih tinggi berbanding kemampuan penternak menyediakan produk. Walaupun tiada statistik namun penelitian di pasaran menunjukkan permintaan melebihi penawaran. Ramai para peniaga dan peruncit mengeluh kerana kekurangan bekalan ayam kampung, baik daging ataupun telur. Ini seolah-olah menggambarkan baka ayam kampung semakin merosot. Keperluan untuk ayam kampung sembelih di bandar-bandar semakin tinggi. Permintaan terus meningkat setiap tahun tetapi bekalannya semakin sukar diperolehi. Jika dahulu penawaran ayam kampung sembelih mencukupi di kawasan Bandar berhampiran namun kini permintaan tersebut semakin meluas ke seluruh bandar-bandar besar. Bagi memenuhi permintaan pasaran penternak menghasilkan ayam dari baka sampingan ayam pedaging. Namun ayam tersebut tidak digemari oleh sesetengah masyarakat berbanding ayam kampung.

Ayam kampung tidak mempunyai masalah dari segi pemasaran. Para penternak ayam kampung menjual hasil pengeluarannya melalui pemborong, koperasi atau melalui pasar-pasar tempatan. Telur-telur yang dikeluarkan juga tidak sukar untuk menembusi pasaran namun penternak masih belum mampu memenuhi permintaan pasaran yang tinggi. Sistem pemasaran yang baik dan keadaan pasaran yang masih terbuka mendorong penternak untuk meningkatkan pengeluaran dan mengembangkan perusahaannya.

Para penternak yang memiliki motivasi ekonomi tinggi telah menerapkan usaha dalam pemeliharaan dan peningkatan produktiviti. Keadaan ini menjadikan pasaran ayam kampung terbuka luas. Para penternak ini bukan hanya meningkatkan hasil pengeluaran ayam yang dipelihara malah mereka juga menggunakan baka ayam kampung yang telah diperbaiki mutu genatiknya, iaitu ayam kacukan.

Masyarakat menerima baik pengeluaran ayam kacukan dalam usaha penternak meningkatkan produktiviti ayam. Telur ayam kacukan dapat dipasarkan sebagai telur ayam kampung. Dengan demikian, penternakan ayam kacukan memiliki prospek usaha yang baik kerena produknya mampu menggantikan produk ayam kampung.

Ayam kacukan yang dihasilkan ini ternyata mampu memenuhi keperluan permintaan produk ayam kampung. Ini berdasarkan beberapa perkara seperti berikut:

1 Baka ayam hasil kacukan memiliki karateristik luaran mirip ayam kampung, walaupun kadang-kadang ada juga yang mirip ayam pedaging. Dagingnya juga tidak jauh beza dengan ayam kampung muda pada umur yang sama. Pelanggan pula tidak mempertikaikannya dan menerima baik.

2 Kadar pertumbuhan ayam kacukan lebih cepat dibandingkan dengan ayam kampung. Tempoh pertumbuhannya juga lebih singkat dibandingkan dengan ayam kampung.

3 Pengeluaran telur ayam kacukan lebih tinggi dibandingkan dengan ayam kampung. Namun, bentuk atau pun kualiti isi telurnya tidak jauh berbeza dengan ayam kampung asalkan komposisi dan kandungan gizi yang diberikan mirip makanan ayam kampung.

4 Ayam kacukan lebih efisien dalam penggunaan makanan dibandingkan dengan ayam kampung kerana belanja pengeluarannya lebih rendah.

Cara menghasilkan ayam kacukan dapat dilakukan dengan mudah dan murah.

Saturday, July 17, 2010

TERNAKAN AYAM KAMPUNG BATU PAHAT

ALKISAH awal penglibatan saya dalam dunia ternakan ayam kampung nih sebeb ada seorang penternak yang menjadi sumber inspirasi saya. Beliau nih dah buat ternakan ayam kampung lebih 4tahun. Sekarang nih, reban beliau boleh menempatkan 4000 ekor ayam dalam satu masa. Kebanyakkan customer beliau nih memang peniaga cina la. Betol lah tuh, sejak saya menceburi bidang ternakan nih, kebanyakkan pelanggan adalah peniaga cina terutamanya mereka yang jual nasi ayam, restoran, kedai makan dan kedai runcit. Selepas 4thn beliau terlibat ngan ternakan nih, sekarang dah dapat bantuan sebijik inkubator bernilai RM6000 dan sebijik peti sejuk (freezer) bersaiz 6kaki panjang dari pihak VATERINAR. Usaha beliau memang berbaloi.

Reban beliau nih bersaiz 20'X200'. Memang saya pon idamkan reban sebesar nih, tapi.. kalu ada rezeki nak jugak lebih besar. Ayam beliau nih dijual ikut timbang hidup, proses kat reban nih PERCUMA! Saya doakan saudara ternakan nih akan berjaya dalam bidang nih. Chayo!!!



Laluan masuk ke reban.


panjang 200kaki

Tempat proses ayam


ni la ayam kampung yang sihat-sihat


Luas dan Kemas

Pemilik reban nih En. Rosman dari Pt. Jabong Barat, Tongkang Pechah, Batu Pahat.




Friday, July 16, 2010

KOLEKSI BARU AYAM EXOTIC

Bila dah minat... apa pun sanggup lakukan, ha! ni la kisah kali ni, saya rasa menyimpan ayam exotic ni macam hobi yang menarik, jadi pada hujung minggu lepas saya berkejar ke pekan muar untuk dapatkan beberapa ekor ayam exotic dari penternak di asana. Dengan bantuan sahabat ternak En Mazwan maka ini la beberapa ekor pendatang baru di Hanc farm.

Beberapa hari di rumah, Brown Silki dah start bertelur... alhamdulillah.

Jantan Polish (original)

Silki Putih (sepasang)

Brown Silki (Betina)

Selepas beli baru saya tahu ni ayam polish yang original...

Ayam serama bulu balik Jantan

Wednesday, July 14, 2010

PROJEK II -PENTERNAKAN & PENETASAN ITIK

Menternak nih memang seronok, kalau balik kerja mengadap ternakan rasa sejuk je mata, hilang rasa penat. Tapi rumah sewa sekarang dengan tapak projek agak jauh, oleh tu saya telah merancang nak menternak itik kat rumah sewa pulak. Buat teman masa santai. Memandangkan pihak PLTV, Kluang nak lelong itik-itik mereka, maka saya pun x mahu gak lepaskan peluang untuk memiliki beberapa ekor itik tersebut, tambah pulak itik-itik mereka memang sedang syok bertelur...

09-Julai-10: 100 ekor itik Golden White + 36 ekor itik Khaki Chambell mula menetap di kediaman peribadi saya. hehe... Plan untuk itik-itik ni nak buat penetasan jer, sebab adamember penternak yang mintak saya supply anak-anak itik.


telur pada hari pertama selepas itik pindah

meriah daa umah sewa saya...


bersantai di reban baru


cumil kan...


ha! ini itik telur (30betina + 6jantan)



Tuesday, July 13, 2010

LAWATAN KE TAPAK EN HARON

Minggu lepas saya dan abang telah pergi melawat ke sebuah reban ayam kampung di Sungai Lurus, Senggarang. Pemilik reban ni En. Haron, beliau mendapat bantuan anak ayam kampung dan makanan ternakan dari Mardi. Walaupun projek beliau berskala kecil, tapi... pengalaman beliau selama 2tahun dalam bidang penternakan ayam kampung cukup banyak, cuma ilmu tentang ubat-ubatan sahaja yang kurang. En. Haron ni ada 5 orang anak kecil yang masih belajar, sebab tu la dia boleh dapat bantuan dari pihak Mardi, untuk ringankan bebanan keluarga. Selain menternak ayam kampung, beliau gak giat membuat penetasan secara tradisional, tanam pokok cili dan ternak itik telur.

masa datang ni, baru je banjir... basikal ni tempat ayam bertelur.


tanaman cili


reban ayam kampung En. Haron


stok dedak yang taja (murah rezki En. Haron)


Malaysia Boleh!!!



Tapak Projek

Salam. Ramai yang dah tanye mane la reban "hanc farm", so kali ini saya paparkan beberapa keping gambar dari Hanc Farm.

Reban ini boleh menampung 2000 ekor ayam dalam satu masa.



ni pandangan belakang, bawah tu kandang itik.

ha! ni la ayam kampung ternakan saya...

2000 ekor dalam satu masa...

pandangan atas


Tuesday, July 6, 2010

KEMPEN MAKAN AYAM KAMPUNG

Memang betul teman-teman blog pesan, nak bergiat dengan blog ni perlu komitmen, masa untuk pastikan blog sentiasa update! Plan nak update hujung minggu lepas, tapi sebab sibuk dengan "kempen" maka baru hari ini dapat update blog nih.

"Kempen Makan Ayam Kampung" ni adalah idea asal abang saya, untuk luaskan pasaran dia merancang dan menganjurkan kempen 3 hari ini, bermula jumaat hingga ahad minggu lepas. Pada awalnya tak dijangka sambutan menggalakkan. Kempen ini dibuat kat 3 lokasi Kluang, Ayer Hitam & Batu Pahat (semua kat johor laa..). Sepanjang kempen ini 600 ekor ayam kampung berjaya dipasarkan. Macam biasalah, mejoriti cina yang minat.

Sekarang ni Hanc Farm tengah pening kepala pulak, pasaran memang meletup, tapi stok plak yang x cukup... huhu... ada beberapa buah kedai makan & restoran cina yang memerlukan bekalan ayam kampung sehingga 80 ekor sehari... tapi... reban kami hanya mampu keluarkan 600-800 ekor sebulan sahaja setakat ini, tu pun da ada yang book awal. Sekarang ini saya sedang berusaha untuk mengumpulkan maklumat tentang penternak-penternak ayam kampung di area Kluang ni. Harap-harap bagi penternak-penternak samada kecil atau sederhana dapat memberi feedback selepas baca note ini.

Friday, July 2, 2010

YOT FARM: PROJEK TERNAKAN ITIK PENELUR

Pada 22 Jun lepas, saya meluang masa melawat projek ternakan itik di Ayer Hitam tempat kenalan baru. Maklumlah dalam dunia penternakan ini network nak kena bertambah. Brother yang memperkenalkan diri sebagai Yot ini, mempunyai 800 ekor itik telur dan dapat menghasilkan 500 biji telur sehari. Telur-telur ini diproses sebagai telur masin.


Rumah Yot Farm (reban itik kat belakang rumah)




Apa yang menariknya, Yot Farm menghasilkan makanan untuk ternakan mereka sendiri. Oleh itu, kos makanan dapat dikurangkan dan risiko dapat dielakkan. Saya cukup bangga melihat kejayaan anak Melayu dalam bidang ini. Tidak ramai yang ingin menceburkan diri dalam bidang ternakan itik penelur ini. Sesiapa yang nak dapatkan makanan ternakan yang murah tapi sama kualiti seperti Cargill & Goldcoin, ha! cubalah makanan ternakan keluaran penternak bumiputera ini.

Peluang yang anda boleh dapat dari Yot Farm: teknik penternakan itik telur, makanan itik yang sesuai, bekalan makanan itik telur & pedaging, ayam kampung & puyuh, bekalan telur masin.