Friday, October 29, 2010

PERSATUAN BELIA AGROBELIA JOHOR


Salam Belia Johor. Pengunguman ini ditujukan untuk anak-anak belia dari negeri Johor yang sedang dan akan melibatkan diri dalam bidang ternakan, anda dipelawa untuk menyertai PERSATUAN BELIA AGROBELIA NEGERI JOHOR. Penyertaan sedang dibuka untuk semua daerah di negeri ini.

fokus utama persatuan ini adalah untuk membantu, membimbing dan menyokong penternak untuk mendapatkan sumber bahan mentah, kaedah operasi/proses penternakan yang berkesan serta pemasaran untuk produk ternakan ahli.

selain itu juga, AGRObelia berusaha untuk megurangkan kos penternak melalui pembelian makanan ternakan secara berkumpulan serta mencari inisiatif berkesan untuk memasarkan produk ternakan. bimbingan juga akan diberi untuk mengurangkan kadar kematian ternakan melalui program kesihatan ternakan dan penternak.

Penternak dari semua 10 buah daerah Johor amatlah digalakkan menyertai persatuan ini.
.Johor Bahru.Kota Tinggi.Mersing.Kulaijaya.Pontian.Batu Pahat.Kluang.Muar.Segamat.Ledang.

Maklumat lanjut sila hubungi 012-7566334 (hanc)

Monday, October 25, 2010

Saturday, October 23, 2010

Suasana Hanc Farm.

Salam.

sekarang HANC FARM setapak ke depan dengan pembukaan rabbit-park. Pelbagai jenis arnab koleksi kecil-kecilan. sekarang ni ada lebih 50 ekor arnab induk hias dan pedaging.


tempat kereta da jadi reban arnab. semua nya ada 23 buah reban
yang boleh menampung 200 ekor arnab.







ni tempat ayam-ayam exotic tinggal. semua dalam cage laaa..

PERSATUAN BELIA AGROBELIA JOHOR

Alhamdulillah, berkat usaha rakan penternak belia Negeri Johor maka tertubuhlah sebuah persatuan khusus untuk belia-belia yang meminati bidang penternakan.

Tujuan persatuan ini adalah untuk membentuk jaringan sosial di antara ahli persatuan selain menyelaras sumber, operasi, pasaran dan harga bagi produk ternakan.

Kepada rakan ternak dari JOHOR, saya mengalu-alukan anda sertai persatuan ini bersama. InsyaAllah, usaha ini diberkati tuhan.

Untuk maklumat lanjut hubungi Setiausaha AGRObelia, En. Fero 017-7534335 segera.

Saya difahamkan kursus-kursus yang dianjurkan pihak persatuan dapat disertai dengan bayaran yang rendah.

Thursday, October 14, 2010

White Polish Frizzle

Koleksi Terkini Hanc Farm.

Induk Lavender


White Silkie Bulu Balik



Gambar tak dapat upload plak...

1- Sepasang Ohiki Silver
2- Sepasang Golden Pheonix
3- Sepasang Blue Yokohama

4- Sepasang White Silkie Bulu Balik

5- Sepasang Blue Silkie

6- 7ekor Induk Ayam Mutiara (3Lavender+4Pied)

7- Sepasang Arnab Pure Angora


Sunday, September 26, 2010

Anak Ayam Mutiara untuk diJuAL

SOLD OUT!!!!

Anak ayam Mutiara untuk dimiliki. Stok terhad, kebanyakkan dada warna putih sampai bawah badan...

Hubungi saya segera!


Update terkini di Hanc-Farm


Memandangkan lama saya tak berblog, sekarang sedikit perkembangan di hanc-farm.






Saturday, September 25, 2010

SEPTEMBER BULAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT.

Pada ketika anak ayam masih baru dan dipindahkan ke reban lepas dari induk, perkara yang perlu diperhatikan adalah mencegah tekanan. Pemberian makanan tambahan seperti vitamin melalui air minuman amat penting. Dalam keadaan tertekan, ayam mudah diserang penyakit penafasan.

Pemeliharaan ayam yang bermula pada bulan September akan berhadapan dengan perubahan musim, iaitu cuaca pada bulan Oktober. Ayam memerlukan persiapan terhadap daya ketahanan tubuh agar tahan terhadap pelbagai penyakit. Oleh sebab itu lah, segera lakukan vaksin ND setiap kali ayam mula diternak terutamanya bagi bulan September ini.

Penyakit yang paling senang berjangkit ketika perubahan musim adalah selsema, disusuli dengan coccidiosis (berak berdarah), korela dan berak kapur sepanjang musim hujan. Untuk itu perlu disediakan ubat-ubatan pencegah jangkitan bakteria dan parasit.

Pada akhir musim kemarau, keadaan cuaca tidak menentu sehingga pertumbuhan penyakit sering berlaku. Untuk mencegahnya, antara lain dilakukan perawatan reban. Perawatan reban dapat dilakukan dengan menyembur zat disenfektan. Pada musim hujan, bahagian reban yang lecak dibersihkan dan elakkan dari ada air yang bertakung. taburkan kapur untuk mengurangkan kelembapan pada tanah.

Ayam Serama Bulu Balik untuk Di Jual

SOLD OUT!!!


salam...
lama dah x update blog nih...
sempena raya nih, saya nak offer kepada pembaca blog ini sepasang ayam serama bulu balik yang matang (jantan) dan dah pernah bertelur (betina) dengan harga RM350.oo sahaja!


Thursday, August 5, 2010

Untuk Di JuaL!

Stok untuk Ayam Belanda dan Anak Itik dah habis..!!!
Nantikan pula anak ayam Api-api/mutiara.

Salam! Kat sini teman nak offer anak2 ayam spesel untuk dimiliki. Sapa cepat dia dapat! Hubungi segera!!!


8 ekor anak ayam mutiara berusia 1 bulan


anak-anak itik telur berusia 1 minggu

New Looking at hanc farm


ni la umah saya... welcome!

ni antara koleksi ayam exotic yang ada..

projek ternakan di belakang rumah.

koleksi ayam belanda yang ada..

si jantan "Milo"

Monday, August 2, 2010

KASIH SI IBU


bebek & si ibu...


"mane ek mak aku nih..????"

Saturday, July 31, 2010

RENUNGAN DARI HADIS NABI


Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan Allah rezekinya atau dipanjangkan Allah umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang)." - Bukhari.


Kasih sayang dan silaturahim bukan lah setakat hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan alam sekitar juga berkaitan dengan silaturahim. Jadi bagi penternak-penternak samada yang sedang berjaya atau yang sedang mahu memulakan langkah dalam bidang ternakan ini, INGAT! kita bukan setakat mendapat pendapatan dari hasil ternakan samada daging, telur mahupun jual hidup, perlu di ingat juga "bagaimana" kita menjaga hubungan dengan binatang ternakan tersebut. Menternak bukan kerana untung semata2, tapi kerana menjaga silaturahim dan ibadah (hubungan dengan Tuhan).

ITIK DAGING 100 EKOR UNTUK DI JUAL



Salam!!!

teman ada hasrat nak jual samada secara pukal atau sikit2 kepada sapa2 yang ber
minat nak beli itik daging (Golden White). Umur itik2 nih 8 bulan dan dah mula bertelur, berat badan antara 3.0-3.5kg, kira sapa dulu dia yang dapat laa... sebab teman cuma ada 100 ekor je nih.




Tujuan jual nih sebab nak fokus kat projek itik telur je. Jadi sebab x nak pening2 pikir sampai byk jenis itik, teman pon pikir ni je la jalan terbaik.




Kepada yang berminat boleh call anytime 017-5316651 (bro Ali).

Thursday, July 29, 2010

AYAM SERAMA BULU BALIK & AYAM JAMBUL PUTIH


Kesian pulak tengok nasib ayam serama bulu balik jantan kat umah nih, bagi betina x nak pulak. Jadi saya pon pergi la kat reban member baru2 nih, ternampak lak sekor ayam serama betina yang bulu balik jugak, apa lagi... terus buka harga laa... buat teman si jantan bulu balik nih, hah! sekarang dah pun ada bini, setiap jam la kawen.... naik penat lak usha ayam nih.







ha! yang ini pulak ayam jambul putih, ni bukan milik sendiri... tapi pinjam ayam kawan kat vetarinar, nak kacuk kan ngan ayam polish jantan. memandangkan warna ayam nih putih, jadi... harap2 anak2 mereka pon akan comel2...


Tuesday, July 27, 2010

DR HANC: SIRI 2

Salam 1 Malaysia!!

Melihatkan respon yang baik terhadap tulisan saya tentang SIRI CEGAH & RAWAT bersama DR Hanc, kali ini saya akan menjelaskan jenis-jenis penyakit yang biasa di serang oleh ayam dan unggas-unggas lain. Terima kasih kepada yang menghubungi melalui email untuk dapatkan maklumat tambahan tentang penyakit dan kaedah pencegahan awal. Ada sebahagian yang saya balas dan ada juga yang saya minta untuk terus mengikuti tulisan dalam SIRI ini. InsyaAllah dengan usaha teman-teman penternak yang gigih untuk meningkatkan pengetahuan tentang penyakit unggas.

Berdasarkan pengalaman saya dan rakan ternak lain, penyakit pada unggas adalah antara penyakit yang mudah merebak dan tanpa pencegahan yang berterusan, akibat tersebarnya penyakit ini boleh memberi kesan terhadap hasil ternakan. Teringat saya kisah sahabat ternakan dari bahagian Kluang ini, pada tahun 2008 beliau telah memulakan ternakan ayam kampung dengan memasukkan anak ayam (yang pada ketika itu berharga RM4 seekor) sebanyak 2000 ekor ke reban baru beliau. Dengan semangat sebagai penternak baru beliau aktif di reban dan memberi perhatian penuh kepada ternakan baru beliau. Selepas 3minggu ke semua 2000 ekor anak ayam beliau mati kerana sampar. Saya jangkakan beliau akan jadi salah seorang penternak berjaya, namun sekarang beliau putus asa untuk menternak lagi. Rugi! Alangkah rugi! Modal yang besar tanpa hasil. Tambah rugi lagi, kita kehilangan penternak yang baru. Lihat! Hanya kerana penyakit ia mampu memusnahkan harapan seorang penternak baru.

Berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya ada tujuh (7) punca yang boleh menyerang ternakan unggas secara umum:

  1. 1 Tekanan.
  2. 2 Kekurangan zat makanan.
  3. 3 Parasit.
  4. 4 Penyakit kerana protozoa.
  5. 5 Penyakit kerana bakteria.
  6. 6 Penyakit kerana virus.
  7. 7 Penyakit kerana kulat.

1. TEKANAN

tekanan atau cengkaman adalah suatu keadaan di mana ayam mengalami ketegangan kerana keadaan persekitaran tidak nyaman atau selesa.

GEJALA

Tekanan yang dialami oleh ayam kampung ini akan menyebabkan nafsu makan menurun. Tubuh menjadi lemah, pertumbuhan terganggu serta pengeluaran telur menurun dan akhirnya berhenti.

PENYEBAB

  • · Cuaca atau iklim yang buruk seperti hujan lebat, angin kencang, udara panas dan udara dingin.
  • · Kebisingan seperti suara ledakan, kenderaan, pesawat, jet, helicopter dan lain-lain.
  • · Terjadi kejutan seperti ada orang asing atau haiwan liar masuk reban.
  • · Akibat mekanikal seperti pemotongan paruh, vaksinasi, pindah reban dan perjalanan (biasa dialami anak ayam atau DOC)
  • · Penggantian makanan dan minuman yang tidak mencukupi.
  • · Saiz reban tidak bersesuaian dengan jumlah ternakan (padat).

PENCEGAHAN dan RAWATAN

Jika terjadi perubahan cuaca atau setelah dilakukan vaksinasi maka perlu diberi ubat antistress atau boleh gunakan bawang putih yang dicampurkan dalam minuman ternakan. Bawang putih adalah salah satu herba yang baik untuk ternakan unggas.

Untuk 6 punca penyakit yang lain saya akan jelaskan dalam siri akan datang… ni kat hospital la, nak jumpa doctor dulu.

Friday, July 23, 2010

DR. HANC: SIRI CEGAH & RAWAT UNGGAS


SIRI CEGAH & RAWAT bersama DR. Hanc ini adalah satu siri baru dalam blog saya bagi mendedahkan teknik dan cara pencegahan penyakit untuk unggas. Siri ini terbahagi kepada beberapa bahagian mencegah dan merawat penyakit unggas. Dengan adalah ruangan seperti ini diharap dapat memberi info dan panduan kepada teman-teman ternak serta pengkaji-pengkaji ternakan unggas.

Kejayaan penternak juga berkaitan dengan kesihatan ternakan mereka. Oleh itu, untuk menghasilkan ternakan yang sihat dan mempunyai berat ideal, rasa yang sedap dan pengeluaran telur yang produktif pencegahan penyakit hendaklah di ambil berat.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Pepatah itu selalu kita dengar. Bukan hanya dalam kehidupan pepatah itu dapat dijadikan panduan tetapi juga dalam perusahaan penternakan ayam kampung. Pencegahan penyakit pada pemeliharaan ternakan ayam lebih utama dibandingkan dengan rawatan. Perbelanjaan untuk pencegahan adalah lebih murah berbanding belanja rawatan dan ubat-ubatan. Ayam kampung yang telah diserang penyakit dan sembuh selapas dirawat tidak mampu mencapai prestasi pengeluaran yang disasarkan berbanding ayam yang tidak pernah diserang penyakit. Oleh itu, aspek pencegahan adalah penting. Penternak perlu mempunyai pengetahuan tentang penyakit dan program pencegahannya sebelum pemeliharaan dilaksanakan.

Penternak perlu mengetahui cirri-ciri ayam yang sihat dan boleh mengenal pasti keadaan ayam yang berada di luar cirri tersebut. Cirri-ciri ayam sihat adalah seperti berikut:

  • · Pengambilan makanan dan air minuman normal.
  • · Najis normal dan tidak cair.
  • · Aktif melakukan aktiviti.
  • · Bersuara normal.
  • · Pengeluaran telur normal.
  • · Suhu tubuh normal antara 40.5C – 41.7C.
  • · Denyutan jantung normal berkisar 200-400 kali per minit.
  • · Pernafasan normal berkisar 15-36 kali per minit.

Ayam kampung pasti menderita kesakitan jika tidak menunjukkan cirri-ciri seperti di atas. Hal ini mungkin disebabkan sesuatu gejala atau symptom penyakit. Beberapa gejala bersifat umum sering dijumpai pada beberapa penyakit seperti berikut:

  • · Monyok dan tidak aktif.
  • · Bulu terkulai dan kusam.
  • · Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung.
  • · Berak cair atau berak berdarah.
  • · Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
  • · Hilang selera makan.
  • · Pertumbuhan terganggu dan pengeluaran telur menurun.
  • · Kualiti kulit telur teruk.
  • · Suara tidak normal.

Penyakit ayam kampung ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu warisan, pemakanan, pengurusan, persekitaran dan jangkitan.

Beberapa symptom menunjukkan hal yang spesifik hanya kelihatan pada penyakit tertentu sahaja. Sebagai contoh, tremor (bergetar) berkaitan dengan penyakit avian emcephalomyelitis (epidemic tremors) dan paralisis berkaitan dengan botulisme.

Perubahan yang berkaitan dengan ukuran, warna, bentuk dan struktur organ disebut sebagai lesi. Seperti halnya symptom, lesi dapat bersifat umum mahupun spesifik. Sebagai contoh, enteristis berkaitan dengan beberapa penyakit, tetapi grey eye (mata kelabu) khusus ocular leukosis.

Tempat perusahaan ternakan ayam ini seharusnya bebas dari sebarang penyakit. Contohnya penyakit New Castle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza) dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.Coli 157, Campylobacter, Lysteria).

Jika penternak tidak mengetahui cara yang sebetulnya untuk menangani penyakit yang dihadapi oleh ternakan ayam kampung ini, maka penternak doleh mendapatkan bantuan nasihat daripada pegawai di Jabatan Veterinar yang berdekatan.

Wednesday, July 21, 2010

PROSPEK PERKEMBANGAN AYAM KAMPUNG KACUKAN

Peluang pasaran bagi para penternak sangat baik berdasarkan permintaan produk ayam kampung samada daging atau telur. Permintaan untuk produk ayan kampung terus meningkat dengan pesat, namun begitu peluang ini tidak dapat dimanfaatkan dengan baik. Kecenderungan permintaan adalah lebih tinggi berbanding kemampuan penternak menyediakan produk. Walaupun tiada statistik namun penelitian di pasaran menunjukkan permintaan melebihi penawaran. Ramai para peniaga dan peruncit mengeluh kerana kekurangan bekalan ayam kampung, baik daging ataupun telur. Ini seolah-olah menggambarkan baka ayam kampung semakin merosot. Keperluan untuk ayam kampung sembelih di bandar-bandar semakin tinggi. Permintaan terus meningkat setiap tahun tetapi bekalannya semakin sukar diperolehi. Jika dahulu penawaran ayam kampung sembelih mencukupi di kawasan Bandar berhampiran namun kini permintaan tersebut semakin meluas ke seluruh bandar-bandar besar. Bagi memenuhi permintaan pasaran penternak menghasilkan ayam dari baka sampingan ayam pedaging. Namun ayam tersebut tidak digemari oleh sesetengah masyarakat berbanding ayam kampung.

Ayam kampung tidak mempunyai masalah dari segi pemasaran. Para penternak ayam kampung menjual hasil pengeluarannya melalui pemborong, koperasi atau melalui pasar-pasar tempatan. Telur-telur yang dikeluarkan juga tidak sukar untuk menembusi pasaran namun penternak masih belum mampu memenuhi permintaan pasaran yang tinggi. Sistem pemasaran yang baik dan keadaan pasaran yang masih terbuka mendorong penternak untuk meningkatkan pengeluaran dan mengembangkan perusahaannya.

Para penternak yang memiliki motivasi ekonomi tinggi telah menerapkan usaha dalam pemeliharaan dan peningkatan produktiviti. Keadaan ini menjadikan pasaran ayam kampung terbuka luas. Para penternak ini bukan hanya meningkatkan hasil pengeluaran ayam yang dipelihara malah mereka juga menggunakan baka ayam kampung yang telah diperbaiki mutu genatiknya, iaitu ayam kacukan.

Masyarakat menerima baik pengeluaran ayam kacukan dalam usaha penternak meningkatkan produktiviti ayam. Telur ayam kacukan dapat dipasarkan sebagai telur ayam kampung. Dengan demikian, penternakan ayam kacukan memiliki prospek usaha yang baik kerena produknya mampu menggantikan produk ayam kampung.

Ayam kacukan yang dihasilkan ini ternyata mampu memenuhi keperluan permintaan produk ayam kampung. Ini berdasarkan beberapa perkara seperti berikut:

1 Baka ayam hasil kacukan memiliki karateristik luaran mirip ayam kampung, walaupun kadang-kadang ada juga yang mirip ayam pedaging. Dagingnya juga tidak jauh beza dengan ayam kampung muda pada umur yang sama. Pelanggan pula tidak mempertikaikannya dan menerima baik.

2 Kadar pertumbuhan ayam kacukan lebih cepat dibandingkan dengan ayam kampung. Tempoh pertumbuhannya juga lebih singkat dibandingkan dengan ayam kampung.

3 Pengeluaran telur ayam kacukan lebih tinggi dibandingkan dengan ayam kampung. Namun, bentuk atau pun kualiti isi telurnya tidak jauh berbeza dengan ayam kampung asalkan komposisi dan kandungan gizi yang diberikan mirip makanan ayam kampung.

4 Ayam kacukan lebih efisien dalam penggunaan makanan dibandingkan dengan ayam kampung kerana belanja pengeluarannya lebih rendah.

Cara menghasilkan ayam kacukan dapat dilakukan dengan mudah dan murah.

Saturday, July 17, 2010

TERNAKAN AYAM KAMPUNG BATU PAHAT

ALKISAH awal penglibatan saya dalam dunia ternakan ayam kampung nih sebeb ada seorang penternak yang menjadi sumber inspirasi saya. Beliau nih dah buat ternakan ayam kampung lebih 4tahun. Sekarang nih, reban beliau boleh menempatkan 4000 ekor ayam dalam satu masa. Kebanyakkan customer beliau nih memang peniaga cina la. Betol lah tuh, sejak saya menceburi bidang ternakan nih, kebanyakkan pelanggan adalah peniaga cina terutamanya mereka yang jual nasi ayam, restoran, kedai makan dan kedai runcit. Selepas 4thn beliau terlibat ngan ternakan nih, sekarang dah dapat bantuan sebijik inkubator bernilai RM6000 dan sebijik peti sejuk (freezer) bersaiz 6kaki panjang dari pihak VATERINAR. Usaha beliau memang berbaloi.

Reban beliau nih bersaiz 20'X200'. Memang saya pon idamkan reban sebesar nih, tapi.. kalu ada rezeki nak jugak lebih besar. Ayam beliau nih dijual ikut timbang hidup, proses kat reban nih PERCUMA! Saya doakan saudara ternakan nih akan berjaya dalam bidang nih. Chayo!!!



Laluan masuk ke reban.


panjang 200kaki

Tempat proses ayam


ni la ayam kampung yang sihat-sihat


Luas dan Kemas

Pemilik reban nih En. Rosman dari Pt. Jabong Barat, Tongkang Pechah, Batu Pahat.




Friday, July 16, 2010

KOLEKSI BARU AYAM EXOTIC

Bila dah minat... apa pun sanggup lakukan, ha! ni la kisah kali ni, saya rasa menyimpan ayam exotic ni macam hobi yang menarik, jadi pada hujung minggu lepas saya berkejar ke pekan muar untuk dapatkan beberapa ekor ayam exotic dari penternak di asana. Dengan bantuan sahabat ternak En Mazwan maka ini la beberapa ekor pendatang baru di Hanc farm.

Beberapa hari di rumah, Brown Silki dah start bertelur... alhamdulillah.

Jantan Polish (original)

Silki Putih (sepasang)

Brown Silki (Betina)

Selepas beli baru saya tahu ni ayam polish yang original...

Ayam serama bulu balik Jantan

Wednesday, July 14, 2010

PROJEK II -PENTERNAKAN & PENETASAN ITIK

Menternak nih memang seronok, kalau balik kerja mengadap ternakan rasa sejuk je mata, hilang rasa penat. Tapi rumah sewa sekarang dengan tapak projek agak jauh, oleh tu saya telah merancang nak menternak itik kat rumah sewa pulak. Buat teman masa santai. Memandangkan pihak PLTV, Kluang nak lelong itik-itik mereka, maka saya pun x mahu gak lepaskan peluang untuk memiliki beberapa ekor itik tersebut, tambah pulak itik-itik mereka memang sedang syok bertelur...

09-Julai-10: 100 ekor itik Golden White + 36 ekor itik Khaki Chambell mula menetap di kediaman peribadi saya. hehe... Plan untuk itik-itik ni nak buat penetasan jer, sebab adamember penternak yang mintak saya supply anak-anak itik.


telur pada hari pertama selepas itik pindah

meriah daa umah sewa saya...


bersantai di reban baru


cumil kan...


ha! ini itik telur (30betina + 6jantan)



Tuesday, July 13, 2010

LAWATAN KE TAPAK EN HARON

Minggu lepas saya dan abang telah pergi melawat ke sebuah reban ayam kampung di Sungai Lurus, Senggarang. Pemilik reban ni En. Haron, beliau mendapat bantuan anak ayam kampung dan makanan ternakan dari Mardi. Walaupun projek beliau berskala kecil, tapi... pengalaman beliau selama 2tahun dalam bidang penternakan ayam kampung cukup banyak, cuma ilmu tentang ubat-ubatan sahaja yang kurang. En. Haron ni ada 5 orang anak kecil yang masih belajar, sebab tu la dia boleh dapat bantuan dari pihak Mardi, untuk ringankan bebanan keluarga. Selain menternak ayam kampung, beliau gak giat membuat penetasan secara tradisional, tanam pokok cili dan ternak itik telur.

masa datang ni, baru je banjir... basikal ni tempat ayam bertelur.


tanaman cili


reban ayam kampung En. Haron


stok dedak yang taja (murah rezki En. Haron)


Malaysia Boleh!!!