Wednesday, July 17, 2013

Tahap Matang Ayam Kampung

Benarkah tahap matang ayam kampung kacuk lagi awal dari ayam kampung ori?

Sepanjang pengetahuan & pengalaman saya dalam bidang ternakan ayam kampung ni, tahap matang bagi ayam kampung sama sahaja antara kacuk & ori, malah apa pun jenis ayam kampung tu, tahap matangnya masih sama. Barangkali disebabkan saiz ayam kacuk kelihatan lebih besar pada umurnya maka ramai beranggapan bahawa ayam kacuk lebih awal matang berbanding ayam kampung ori...

Saiz badan ayam kampung kacuk tidak boleh dibuat perbandingan dengan saiz badan ayam kampung ori pada usia tertentu... saya bagi contoh;

           pada usia 2 bulan berat ayam kampung kacuk ialah 700-900g dan ayam kampung ori ialah 200-300g. Iaitu sama dengan berat ayam kacuk pada usia 3 minggu. 

Dari segi umurnya ayam ini ada pada tahap yang sama tetapi saiznya yang berbeza... ada beberapa amalan yang tidak betul biasa dilakukan penternak; terutama yang baru menceburi bidang ini...

  1. Pada usia 2 bln, ayam ori masih dikurung tetapi ayam kacuk sudah dilepaskan/dibebaskan. Hakikat sebenar, ayam ini sebaya, kaedah penjagaan juga perlu sama.  
  2. Pemakanan ayam. Bagi penternak yang bebaskan ayam mereka, biasanya ayam kacuk telah diberi makan makanan sendiri atau saki baki makanan atau olahan sendiri apabila beratnya mencapai 1.0kg, sedangkan ayam itu masih berada pada  usia muda dan memerlukan lebih protien. 
Umur ideal ayam matang ialah 6 bulan, biasanya ayam pada usia ini sudah sedia untuk berkawin & bertelur. Pada pandangan saya pula, adalah lebih elok sekiranya ayam jantan tu berumur 8 bulan. Benihnya adalah lebih baik berbanding ayam muda. Samada ia ayam kampung kacuk atau ori tahap matangnya tetap sama. 

No comments: