Monday, September 2, 2013

KURSUS TERNAKAN AYAM KAMPUNG siri 9/2013

As Salam, 

Kami ingin memaklumkan kursus siri 9/2013 akan diadakan;

Tempat   : Rimba Bay Resort, Mersing.
Tarikh     : 12 & 13 Oktober 2013
Yuran      : RM 350/person (termasuk penginapan, makan minum, sijil)

Penyertaan terhad kepada 10 orang dalam satu siri. 

Wednesday, July 17, 2013

Tahap Matang Ayam Kampung

Benarkah tahap matang ayam kampung kacuk lagi awal dari ayam kampung ori?

Sepanjang pengetahuan & pengalaman saya dalam bidang ternakan ayam kampung ni, tahap matang bagi ayam kampung sama sahaja antara kacuk & ori, malah apa pun jenis ayam kampung tu, tahap matangnya masih sama. Barangkali disebabkan saiz ayam kacuk kelihatan lebih besar pada umurnya maka ramai beranggapan bahawa ayam kacuk lebih awal matang berbanding ayam kampung ori...

Saiz badan ayam kampung kacuk tidak boleh dibuat perbandingan dengan saiz badan ayam kampung ori pada usia tertentu... saya bagi contoh;

           pada usia 2 bulan berat ayam kampung kacuk ialah 700-900g dan ayam kampung ori ialah 200-300g. Iaitu sama dengan berat ayam kacuk pada usia 3 minggu. 

Dari segi umurnya ayam ini ada pada tahap yang sama tetapi saiznya yang berbeza... ada beberapa amalan yang tidak betul biasa dilakukan penternak; terutama yang baru menceburi bidang ini...

  1. Pada usia 2 bln, ayam ori masih dikurung tetapi ayam kacuk sudah dilepaskan/dibebaskan. Hakikat sebenar, ayam ini sebaya, kaedah penjagaan juga perlu sama.  
  2. Pemakanan ayam. Bagi penternak yang bebaskan ayam mereka, biasanya ayam kacuk telah diberi makan makanan sendiri atau saki baki makanan atau olahan sendiri apabila beratnya mencapai 1.0kg, sedangkan ayam itu masih berada pada  usia muda dan memerlukan lebih protien. 
Umur ideal ayam matang ialah 6 bulan, biasanya ayam pada usia ini sudah sedia untuk berkawin & bertelur. Pada pandangan saya pula, adalah lebih elok sekiranya ayam jantan tu berumur 8 bulan. Benihnya adalah lebih baik berbanding ayam muda. Samada ia ayam kampung kacuk atau ori tahap matangnya tetap sama. 

Monday, July 15, 2013

Ayam Kampung Kacuk dan Ayam Kampung Ori ?

Kebiasaannya saya banyak mempromosikan ayam kampung, kali ini saya akan berkongsi kisah ternakan ayam kampung pula. Rasanya wajar penggemar ayam kampung & rakan penternak lain mengetahui serba sedikit tentang ternakan ayam kampung ini. 

Ramai yang telefon saya akan bertanya soalan "ni ayam kampung kacuk atau ori?", boleh kata ramai akan tanya soalan seumpama ini... bila diberitahu ayam kampung kacuk, maka mereka akan membatalkan niat untuk mengorder ayam kampung tersebut. Banyak tanggapan yang salah tentang ayam kampung kacuk ini, ada setengah yang fikir ayam kampung kacuk ni sama dengan ayam pedaging... ini tanggapan yang tidak tepat! ayam kampung tetap ayam kampung.... kenapa ayam lebih besar? kenapa kacuk?


  1. yang dinamakan ayam "kacuk" tu sebab cross-breed  yang dibuat antara ayam kampung biasa dengan ayam kampung yang lebih besar. tujuannya adalah untuk penghasilan daging yang lebih banyak, ayam kampung jenis saigon antara ayam kampung yang berbaka badan besar dengan kuantiti daging yang lebih banyak. Perkembangan dunia penternakan ayam kampung telah mendorong penternak-penternak ayam kampung untuk mengkaji dan menghasilkan baka ayam kampung yang lebih baik, oleh itu wujudlah ayam kampung yang bersaiz besar dengan daging yang lebih banyak. Disebabkan kurang maklumat tentang perkembangan ini, maka ramai yang masih beranggapan ayam kampung ni bersaiz kecil (tidak lebih 1.2kg seekor). Tiada beza yang besar antara ayam kampung kacuk & ayam kampung ori, bezanya cuma ayam kampung ori memerlukan masa 6bln untuk dijual tetapi ayam kampung kacuk hanya 3bln sahaja. Pada saya ayam kampung kacuk yang dijual pada usia 90 hari atau pada berat 1.5kg ni masih ANAK AYAM, sepatutnya umur matang bagi ayam kampung ialah 6 bulan, sebab itu lah rasanya tidak semanis ayam kampung ori. Cuba bela ayam kampung kacuk tu sehingga umur 6 bulan, pasti rasanya sama... 
  2. Teknik penjagaan antara ayam kampung ori lebih bebas, ayam akan dibebaskan mencari makan sendiri, ada juga yang menyediakan baki makanan dari rumah untuk ayam ini. Oleh itu, ayam ini akan mengambil masa yang agak lama untuk membesar disebabkan sumber protien yang terhad. Walaubagaimanapun, ayam kacuk biasanya dibela untuk tujuan dijual, maka penternak akan menyediakan dan mengawal diet pemakanan ayam ini sehingga mencapai berat tertentu (biasanya pada berat 1.5kg). teknik penjagaan ini lebih teratur, kandungan protien dalam makanan juga konsisten, oleh itu ayam akan membesar pada usia yang lebih muda. 
  3. Rekabentuk reban. Ayam ori biasanya bebas, tidak diletak dalam reban kurung. Aktiviti ayam ini menyebabkan protien membentuk menjadi daging yang kenyal & lemak sangat kurang (lemak tak sempat terbentuk disebabkan aktiviti ayam yang aktif). Sebab itu saiz ayam kampung ori lebih kecil dan ringan. Manakala ayam kacuk pula, kebiasaannya diternak dalam reban yang dikhaskan, ayam tidak dibebaskan dan makanan disediakan. Aktiviti ayam ini lebih terhad, jadi proses pembesaran ayam akan konsisten. Kenapa ayam di kurung? Bagi penternakan ayam kampung secara komersial, ayam perlu dikurung mengikut umur/batch, tujuannya untuk elakkan ayam bergaduh untuk makan dan memudahkan proses menuai apabila ayam mencapai umur atau berat tertentu. Selain itu, kualiti ayam juga dapat diseragamkan. 
Secara keseluruhannya, tiada beza antara ayam kampung ori & ayam kampung kacuk. Ayam kampung ori sekiranya diberi makanan seperti mana ayam pedaging, saya yakin ia juga akan sebesar ayam pedaging. Pemakanan ayam ini yang banyak mempengaruhi kualiti rasa daging ayam kampung. Melainkan ayam kampung itu diberi suntikan atau makanan tambahan penggemuk, itu baru saya percaya kualiti rasa nya akan berubah. 

-hr.

Monday, July 8, 2013

JUALAN AYAM KAMPUNG SEMPENA PUASA

Musim Puasa pun datang semula, Hanc Poultry Farm kebelakangan ni sangat busy dengan persediaan kedatangan puasa kali ini. Yang pastinya, ternakan perlu dijaga dengan baik memandangkan cuaca yang terganggu akibat pencemaran jerebu baru-baru ini.

Harga Ayam:  RM 11.40 sekilo atau RM 17.50 seekor untuk ayam siap proses. 

Untuk mereka yang plan untuk berniaga di bazaar ramadhan, kami juga ada sediakan harga yang lebih rendah.... hubungi pihak kami..