Thursday, March 18, 2010

NEW INTAKE 16.03.10




salam...
seminggu ni memang agak busy, 16 Mac lepas anak-anak ayam kampung beru je masuk reban semantara, ye la reban kekal belum siap sepenuhnya. Untuk in-take kali ini saya letak 600ekor ayam kampung. Alhamdulillah setakat hari ini peratus kematian tidak bayak sangat.

Untuk penternakan ayam kampung secara komersial ni kita kena pastikan peratus kematian ayam di bawah 5%. Kalau dah lebih dari 5% tu, maka kena lah berhati-hati kerna mungkin anda tidak akan dapat pulangan yang berbaloi. OLEH ITU, amalan reban bersih dan sehat amat peting untuk penternak-penternak baru.

Sunday, March 14, 2010

SEJARAH



AWAL penglibatan saya dalam bidang penternakan ini mulanya kerana projek FERTIGASI yang kurang berjaya, Cuaca yang panas ni telah banyak mengganggu tanaman fertigasi, tambahan pula penjagaan tanaman sayuran ni perlu sepanjang masa. Memandangkan saya ni bekerja, jadi komitmen terhadap kebun sayur tu tak la besar sangat. Lagi pun, dalam pertanian ni penjagaannya tak macam penternakan... kalu sayur ni kita kena hantar makanan (air+baja) satu persatu, samada guna fertigasi atau tradisional, tapi kalu penternakan campak je mereka (ternakan) datang sendiri.

Walaupun macam tu, kedua-dua bidang ni penting, kira macam adik beradik la, cuma saya memilih untuk tukar bidang kepada penternakan. MAKA pada bulan disember 2009, setelah berbincang dengan keluarga, mereka setuju untuk membantu saya bagi memulakan penternakan AYAM KAMPUNG ni. Orang PERTAMA excited nak bantu ialah AYAH tersayang, dia la orang kuat sehingga saya mampu ke tahap ini (lom la tahap berjaya). Bermula dengan reban kecil (16"X20") sekarang saya dah ada 3set reban (1induk original & 2 kacuk). Yang satu tu kapasiti 400ekor, lagi 2 reban ley muat 1400ekor. Saya bercadang untuk menjadi penternak dan pembekal ayam kampung bagi daerah KLUANG ni, kalu dapat masuk pasaran JOHOR lagi best. hehe..

NI la permulaan bagi sebuah perjalanan hidup seorang pemuda anak FELDA.

Saturday, March 13, 2010

PERMULAAN SUATU KESUDAHAN




salam. Mungkin sebelum ini Blog ini banyak kisah-kisah peribadi saya sepanjang membuat lawatan ke kawasan-kawasan perlancongan. Berdasarkan keadaan semasa, saya dah mengubah-suai secara total Blog ini supaya ia sesuai untuk bacaan umum. hehe...
Jadi, dipendekkan cerita... BLOG ini akan memfokuskan kepada usaha saya untuk menternak AYAM KAMPUNG.