Friday, June 18, 2010

PASARAN YANG SEMAKIN LUAS

Ada yang kata, buat ayam kampung ini susah nak dapatkan pasaran, tapi semenjak aku mulakan projek ini, sebenarnya bukan masalah nak dapatkan pasaran... tapi... kebanyakkan penternak hanya fokus kepada penternakan. Seharusnya kita perlu buat market survey dulu. Dengan kata lain, perlu ada pengurusan yang baik. Pemasaran memang penting! Network pon mesti baik. Untuk catatan seterusnya, aku akan jelaskan situasi yang mengakibatkan ramai penternak ayam kampung yang tidak berkembang.

Wednesday, June 16, 2010

POTENSI TERNAKAN AYAM KAMPUNG

Industri penternakan ayam di Malaysia telah dibangunkan hampir lima puluh tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1950-an. Kini industri ini telah berkembang dan membangun untuk menjadi sektor yang paling penting dalam industri ternakan Negara. Industri ayam menyumbang lebih 74% jumlah produk ternakan pada keseluruhannya dan merupakan industri berbilion ringgit dengan nilai melebihi RM7bilion. Semenjak pertengahan 1970-an, Malaysia telah mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran daging dan telur ayam. Negara juga mengeksport produk ayam dalam bentuk segar dan juga proses dengan nilai lebih RM300 juta setahun. Industri ternakan ayam ini meliputi ayam kampung, ayam daging atau produk ayam seperti telur.

Ayam kampung memiliki kepentingan tersendiri di dalam pembangunan penternakan di Malaysia. Ayam kampung merupakan bahan sumber protein haiwan bagi memenuhi keperluan masyarakat dan sebagai ternakan yang dapat dijadikan usaha sambilan bagi masyarakat terutamanya yang tinggal di kampung.

Sebelum tahun 1970-an, pada awal pembangunan penternakan di Malaysia, keperluan masyarakat terdapat protein haiwan asal ayam hampir keseluruhannya dipenuhi oleh ayam kampung. Ayam kampung tersebut berasal dari penternakan rakyat yang pemeliharaannya dilakukan secara tradisional. Setelah tahun 1970-an, sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk tahap kesedaran masyarakat mula meningkat tentang gizi makanan mereka. Daya beli masyarakat mula berubah dan permintaan terhadap ayam kampung semakin meningat pesat.

Ayam yang sedia ada tidak lagi mampu dipenuhi oleh penternakan ayam kampung. Oleh sebab itu, kerajaan mengembangkan penternakan ayam pedaging bagi memenuhi permintaan produk ayam.

Penternakan ayam pedaging berkembang pesat sehingga dalam waktu yang singkat telah mampu mendominasi produka ayam untuk memenuhi permintaan masyarakat. Namun itu tidak bererti ayam kampung tidak mengalami perkembangan. Penternakan ayam kampung tetap berkembang tetapi agak perlahan berbanding dengan ayam pedaging. Ini disebabkan selera masyarakat terhadap produk ayam kampung yang tidak dapat digantikan oleh produk ayam pedaging. Daging dan telur ayam kampung memiliki cirri yang khas dan sangat disukai masyarakat.

Salah satu daya tarikan masyarakat untuk menternak ayam kampung adalah harganya yang selalu mengalami peningkatan dan fluktuasi harganya relatif tetap. Selain itu, sistem penjualan produk ayam kampung agak berbeza dengan ayam pedaging kerana ayam akan ditimbang berat sebelum disembelih atau diproses, ini memberi nilai tambah kepada jualan tersebut. Bagi penternak sistem tersebut cukup menguntungkan. Ayam kampung juga memiliki daya ketahanan tubuh yang lebih baik jika dibandingkan dengan ayam pedaging. Ayam kampung sangat relatif dan jarang mengalami tekanan akibat perubahan musim atau kerana cuaca yang buruk. Ayam kampung memiliki daya adaptasi yang baik terhadap lingkungan yang buruk. Hal ini menjadikan pemeliharaan ayam kampung dapat dilakukan meskipun dengan teknologi pemeliharaan dan pemberian makanan sederhana.