Wednesday, July 21, 2010

PROSPEK PERKEMBANGAN AYAM KAMPUNG KACUKAN

Peluang pasaran bagi para penternak sangat baik berdasarkan permintaan produk ayam kampung samada daging atau telur. Permintaan untuk produk ayan kampung terus meningkat dengan pesat, namun begitu peluang ini tidak dapat dimanfaatkan dengan baik. Kecenderungan permintaan adalah lebih tinggi berbanding kemampuan penternak menyediakan produk. Walaupun tiada statistik namun penelitian di pasaran menunjukkan permintaan melebihi penawaran. Ramai para peniaga dan peruncit mengeluh kerana kekurangan bekalan ayam kampung, baik daging ataupun telur. Ini seolah-olah menggambarkan baka ayam kampung semakin merosot. Keperluan untuk ayam kampung sembelih di bandar-bandar semakin tinggi. Permintaan terus meningkat setiap tahun tetapi bekalannya semakin sukar diperolehi. Jika dahulu penawaran ayam kampung sembelih mencukupi di kawasan Bandar berhampiran namun kini permintaan tersebut semakin meluas ke seluruh bandar-bandar besar. Bagi memenuhi permintaan pasaran penternak menghasilkan ayam dari baka sampingan ayam pedaging. Namun ayam tersebut tidak digemari oleh sesetengah masyarakat berbanding ayam kampung.

Ayam kampung tidak mempunyai masalah dari segi pemasaran. Para penternak ayam kampung menjual hasil pengeluarannya melalui pemborong, koperasi atau melalui pasar-pasar tempatan. Telur-telur yang dikeluarkan juga tidak sukar untuk menembusi pasaran namun penternak masih belum mampu memenuhi permintaan pasaran yang tinggi. Sistem pemasaran yang baik dan keadaan pasaran yang masih terbuka mendorong penternak untuk meningkatkan pengeluaran dan mengembangkan perusahaannya.

Para penternak yang memiliki motivasi ekonomi tinggi telah menerapkan usaha dalam pemeliharaan dan peningkatan produktiviti. Keadaan ini menjadikan pasaran ayam kampung terbuka luas. Para penternak ini bukan hanya meningkatkan hasil pengeluaran ayam yang dipelihara malah mereka juga menggunakan baka ayam kampung yang telah diperbaiki mutu genatiknya, iaitu ayam kacukan.

Masyarakat menerima baik pengeluaran ayam kacukan dalam usaha penternak meningkatkan produktiviti ayam. Telur ayam kacukan dapat dipasarkan sebagai telur ayam kampung. Dengan demikian, penternakan ayam kacukan memiliki prospek usaha yang baik kerena produknya mampu menggantikan produk ayam kampung.

Ayam kacukan yang dihasilkan ini ternyata mampu memenuhi keperluan permintaan produk ayam kampung. Ini berdasarkan beberapa perkara seperti berikut:

1 Baka ayam hasil kacukan memiliki karateristik luaran mirip ayam kampung, walaupun kadang-kadang ada juga yang mirip ayam pedaging. Dagingnya juga tidak jauh beza dengan ayam kampung muda pada umur yang sama. Pelanggan pula tidak mempertikaikannya dan menerima baik.

2 Kadar pertumbuhan ayam kacukan lebih cepat dibandingkan dengan ayam kampung. Tempoh pertumbuhannya juga lebih singkat dibandingkan dengan ayam kampung.

3 Pengeluaran telur ayam kacukan lebih tinggi dibandingkan dengan ayam kampung. Namun, bentuk atau pun kualiti isi telurnya tidak jauh berbeza dengan ayam kampung asalkan komposisi dan kandungan gizi yang diberikan mirip makanan ayam kampung.

4 Ayam kacukan lebih efisien dalam penggunaan makanan dibandingkan dengan ayam kampung kerana belanja pengeluarannya lebih rendah.

Cara menghasilkan ayam kacukan dapat dilakukan dengan mudah dan murah.

3 comments:

Hafidz Dasuki said...

Salaam,

saya penternak ayam kampung kacukan di Kelantan, setiap bulan keluaran saya sebanyak 1300 ekor, sekarang plan nak buat 6 buah kandang lagi, jadi InsyaAllah pengeluaran akan meningkat pada 1300 ekor seminggu, tapi harga borong di Kelantan memberi margin keuntungan yang agak kecil, jadi saya berharap kalau mungkin kita boleh bekerjasama, saya di bahagian penternakan, dan anda di bahagian pemasaran?. Terima Kasih,

Hafidz Dasuki, 019 339 7089

MjFatonah said...

Kursus pentetnakan ayam kampung boleh di ikuti di Akademi Penternakan MJFatonah..Lawati www.mjfatonah.blogspot.com untuk maklumat lanjut

MjFatonah said...

Kursus pentetnakan ayam kampung boleh di ikuti di Akademi Penternakan MJFatonah..Lawati www.mjfatonah.blogspot.com untuk maklumat lanjut