Friday, July 23, 2010

DR. HANC: SIRI CEGAH & RAWAT UNGGAS


SIRI CEGAH & RAWAT bersama DR. Hanc ini adalah satu siri baru dalam blog saya bagi mendedahkan teknik dan cara pencegahan penyakit untuk unggas. Siri ini terbahagi kepada beberapa bahagian mencegah dan merawat penyakit unggas. Dengan adalah ruangan seperti ini diharap dapat memberi info dan panduan kepada teman-teman ternak serta pengkaji-pengkaji ternakan unggas.

Kejayaan penternak juga berkaitan dengan kesihatan ternakan mereka. Oleh itu, untuk menghasilkan ternakan yang sihat dan mempunyai berat ideal, rasa yang sedap dan pengeluaran telur yang produktif pencegahan penyakit hendaklah di ambil berat.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Pepatah itu selalu kita dengar. Bukan hanya dalam kehidupan pepatah itu dapat dijadikan panduan tetapi juga dalam perusahaan penternakan ayam kampung. Pencegahan penyakit pada pemeliharaan ternakan ayam lebih utama dibandingkan dengan rawatan. Perbelanjaan untuk pencegahan adalah lebih murah berbanding belanja rawatan dan ubat-ubatan. Ayam kampung yang telah diserang penyakit dan sembuh selapas dirawat tidak mampu mencapai prestasi pengeluaran yang disasarkan berbanding ayam yang tidak pernah diserang penyakit. Oleh itu, aspek pencegahan adalah penting. Penternak perlu mempunyai pengetahuan tentang penyakit dan program pencegahannya sebelum pemeliharaan dilaksanakan.

Penternak perlu mengetahui cirri-ciri ayam yang sihat dan boleh mengenal pasti keadaan ayam yang berada di luar cirri tersebut. Cirri-ciri ayam sihat adalah seperti berikut:

  • · Pengambilan makanan dan air minuman normal.
  • · Najis normal dan tidak cair.
  • · Aktif melakukan aktiviti.
  • · Bersuara normal.
  • · Pengeluaran telur normal.
  • · Suhu tubuh normal antara 40.5C – 41.7C.
  • · Denyutan jantung normal berkisar 200-400 kali per minit.
  • · Pernafasan normal berkisar 15-36 kali per minit.

Ayam kampung pasti menderita kesakitan jika tidak menunjukkan cirri-ciri seperti di atas. Hal ini mungkin disebabkan sesuatu gejala atau symptom penyakit. Beberapa gejala bersifat umum sering dijumpai pada beberapa penyakit seperti berikut:

  • · Monyok dan tidak aktif.
  • · Bulu terkulai dan kusam.
  • · Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung.
  • · Berak cair atau berak berdarah.
  • · Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
  • · Hilang selera makan.
  • · Pertumbuhan terganggu dan pengeluaran telur menurun.
  • · Kualiti kulit telur teruk.
  • · Suara tidak normal.

Penyakit ayam kampung ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu warisan, pemakanan, pengurusan, persekitaran dan jangkitan.

Beberapa symptom menunjukkan hal yang spesifik hanya kelihatan pada penyakit tertentu sahaja. Sebagai contoh, tremor (bergetar) berkaitan dengan penyakit avian emcephalomyelitis (epidemic tremors) dan paralisis berkaitan dengan botulisme.

Perubahan yang berkaitan dengan ukuran, warna, bentuk dan struktur organ disebut sebagai lesi. Seperti halnya symptom, lesi dapat bersifat umum mahupun spesifik. Sebagai contoh, enteristis berkaitan dengan beberapa penyakit, tetapi grey eye (mata kelabu) khusus ocular leukosis.

Tempat perusahaan ternakan ayam ini seharusnya bebas dari sebarang penyakit. Contohnya penyakit New Castle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza) dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.Coli 157, Campylobacter, Lysteria).

Jika penternak tidak mengetahui cara yang sebetulnya untuk menangani penyakit yang dihadapi oleh ternakan ayam kampung ini, maka penternak doleh mendapatkan bantuan nasihat daripada pegawai di Jabatan Veterinar yang berdekatan.

No comments: